Rabu, Jun 23, 2010
Ifa Raziah Bengang "Ditangkap Khalwat"
Oleh KEMALIA OTHMAN
SELAIN insiden dipukul adik kandung sendiri, penyanyi dan pelakon Ifa Raziah turut mengalami satu kejadian lain apabila dia diserbu penguat kuasa agama ketikamenginap di sebuah hotel di Changlun,Kedah bersama suaminya Mohd YaniAbdul Rahman.
Peristiwa itu berlaku ketika dia menjalanipenggambaran drama berjudul Dari Kodiang ke Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Ifa, dia agak sedih dan kecewa pihak terlibat menyerbu biliknya dengan cara yang kurang sopan sedangkan dia tidak berkhalwat.
Menceritakan pengalaman tersebut, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, bilik Ifa tiba-tiba diketuk dengan kuat seperti hendak pecah.
Terkejut dengan ketukan itu, suami Ifatelah membuka pintu bilik kerana menyangkaada perkara lain yang berlakutanpa mengesyaki mereka sebenarnyatelah diserbu kerana disyaki melakukanmaksiat.
Katanya, sewaktu pintu dibuka pihak berkenaan telah menolak suaminya dengan kasar tanpa memberi salam.
“Untuk mengesahkan kami sudah berkahwin, suami saya menunjukkan kad perakuan nikah sebagai bukti kami tidak berkhalwat.
“Malangnya pihak terbabit bertindakkasar sehinggalah berlaku pertelagahandengan suami saya,” kata Ifa seperti yang dilaporkan akhbar Mingguan mStar, Ahad lepas.
Lebih daripada itu, menurut Ifa, ada diantara pegawai terbabit mengeluarkankata-kata kesat yang sepatutnya tidakberlaku apatah lagi peristiwa itu terjadikepada individu yang tidak bersalah.
Antara ayat yang menyakitkan hatidia disindir dengan kata-kata ‘kau ingatkau artis besar sangat?’
“Saya tak marah jika mereka melakukanserbuan dengan menggunakan prosedur yang betul tetapi janganlah menyerbu sesuka hati serta bercakap dengan kata-kata yang kurang sopan.
“Dia orang seperti pandang rendah kepada saya dan lebih menyakitkan hati mereka langsung tidak menunjukkan rasa bersalah dan minta maaf pun kepada kami,” ujarnya kesal.
Ifa yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd. Yani mempunyai dua cahaya mata turut memberitahu pengalaman tersebut memberi imej buruk kepadanya.
Bagaimanapun dia tidak berhasrat untuk membuat laporan polis kerana tidak mahu perkara remeh itu terus berpanjangan.
Cuma ujar Ifa, pihak berkenaan sepatutnyamenyiasat terlebih dahulu dan janganlah mudah melabelkan seseorang artis itu sebagai jahat.
Lebih memalukan kejadian pada malam itu menyebabkan berlakunya kekecohan sehinggamenyebabkan penghuni hotel lain turut terganggu.
“Bukan bilik saya sahaja malah dua bilik artis lain yang disewa atas nama suami saya turut diserbu.
Tapi yang hairannya jika serbuan untuk mencegah maksiat, kenapa bilik kami sahajayang diperiksa?” katanya kesal.
Ifa bagaimanapun berharap pihak berkenaan harus berfikir panjang sebelum membuatsesuatu tindakan. Ini kerana perbuatanitu menyebabkan masyarakat akan hilanghormat apatah lagi kepada agensi yang diberiperanan menjalankan tanggungjawab dengan berhemah.
mstar
Dah lama depa tak buat hal, dah mula balik nampaknya. Depa ni penguat kuasa harus di bagi pelajaran sikit, belajaq hormat orang- jangan jadi kurang a.....
BalasPadam