Thursday, 03 June 2010
Oleh erapakatan
KUALA LUMPUR : Pasukan Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan pembelaan bahawa ketua pembangkang itu tidak berada dalam unit kondominium yang didakwa oleh pengadu Saiful bukhari Azlan sebagai tempat beliau diliwat.
Peguam Karpal Singh berkata Anwar berada di unit kondominium sebelah menghadiri mesyuarat dengan beberapa orang semasa Saiful mendakwa kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008 antara pukul 3 hingga 4 .30 petang.
Hakim Zabidin Mohd Diah, pendakwaraya dan peguambela Anwar hari ini meninjau unit berkenaan di Desa Condominium yang dimaksukkan oleh Anwar itu sebelum perbicaraan bersambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Saiful yang dipanggil semula memberi keterangan menafikan Anwar tidak berada di dalam unit Kondominium yang dinyatakan dalam pertuduhan terhadap ketua pembangkang.
Karpal berkata dakwaan liwat pada 26 Jun itu tidak berlaku.
Menurut Karpal, semasa kejadian yang didakwa itu, Anwar berada di Unit 11-5-2.
Saiful: Tidak, Anwar di 11-5-1.
Karpal: Kau bohong.
Saiful: Saya tak setuju. Anwar di 11-5-1.
Karpal kemudian memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan telah mengemukakan notis alibi dan Anwar tidak berada di unit berkenaan semasa dakwaan liwat itu berlaku.
Karpal kemudiannya memohon perbicaraan diteruskan secara tertutup. Hakim membenarkan permohonanan itu dan meminta orang ramai meninggalkan galeri.
Karpal turut menyoal Saiful berhubung insiden di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan di mana dia bersumpah dengan al-Quran bahawa dia diliwat oleh bekas majikannya, Anwar, sehari sebelum hari penamaan calon Permatang Pauh, dua tahun lalu.
Saiful sekali lagi berkata, jangka masa kedua-dua peristiwa itu adalah kebetulan.
Karpal kemudian bertanya kepada Saiful sama ada dia mengetahui bahawa Faez Khairi telah bernikah dengan adik perempuannya, Saidati Adha.
Saiful menjawab mereka melarikan diri. “Saya tak pasti,” katanya.
Apabila diasak oleh Karpal, sama ada dia mengenali Faez dan hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengarahkan Saiful untuk menjawab soalan berkenaan, Saiful berkata dia mengetahui bahawa Faez telah bernikah dengan adiknya.
Karpal keemudian bertanya sama ada dia sedar bahawa Faez diancam. Namun soalan itu dibantah oleh Ketua pendakwa, Datuk Mohd Yusof.
Karpal sebelum ini berhujah bahawa Anwar dan tetamunya bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful dakwa dia diajak mengadakan hubungan seks selepas menghantar dokumen kepada bekas ketuanya itu.
Kedua-dua Unit 11-5-2 dan Unit 11-5-1 dimiliki oleh seseorang yang dikenali sebagai Hasanuddin, yang dikatakan adalah sahabat akrab Anwar. Unit 11-5-2 kini dihuni oleh Hasanuddin tetapi beliau sekarang menghabiskan masa dengan keluarganya di luar Kuala Lumpur.
Pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal meninggalkan kondominium Desa Damansara selepas meninjau kawasan itu kira-kira 20 minit.
“Kami berpuas hati dengan perkembangan ini,” kata Karpal kepada pemberita selepas lawatan itu.
Pakar forensik dari Australia, Dr David Wells yang tiba di Kuala Lumpur pagi tadi tidak datang bersama dalam lawatan itu.
Dia diterbangkan ke mari untuk meneliti pengakuan yang bakal dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat.
Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia
Erapakatan
Share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...