PORT ELIZABETH: Ivory Coast dan Portugal seri 0-0 dalam perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia 2010, di Stadium Nelson Mandela Bay sebentar tadi.
ROBERT Vittek (tengah), menanduk masuk pada minit ke-50 untuk Slovakia mendahului New Zealand, pada perlawanan Kumpulan F. - Foto AFP
RUSTENBURG: New Zealand bangkit pada saat akhir untuk mengikat Slovakia 1-1 pada perlawanan Kumpulan F, Piala Dunia 2010, di Stadium Royal Bafokeng malam tadi.
Slovakia mendahului 1-0 pada minit ke-50 menerusi jaringan Robert Vittek.
Ketika Slovakia di ambang kemenangan selepas perlawanan memasuki minit ketiga masa tambahan, Winston Reed menyamakan kedudukan untuk New Zealand mencuri mata.
Keputusan perlawanan awal pagi tadi,Itali dan Paraguay yang juga dalam kumpulan F turut berkongsi mata setelah seri 1-1.
Share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...