Sabtu, Jun 26, 2010

Keputusan Piala Dunia 25 Jun 10


PENYERANG, David Villa (kiri), meraikan kejayaan berjaya menjaringkan gol pertama Sepanyol menentang Chile, dalam perlawanan Kumpulan H yang berkesudahan Sepanyol menang 2-1 serta kedua-duanya layak ke pusingan seterusnya, awal pagi tadi. - Foto Reuters

SEPANYOL 2 - 1 CHILE

PRETORIA: Sepanyol mengakhiri perlawanan terakhir Kumpulan H Piala Dunia dengan kemenangan bergaya 2-1 menumpaskan Chile di Stadium Loftus Versfeld, awal pagi tadi.

Gol Sepanyol dihasilkan oleh penyerang David Villa pada minit ke-24 dan Andres Iniesta pada minit ke-36.

Chile pula mendapat gol sagu hatinya menerusi pemain gantian, Rodrigo Millar pada minit ke-46 meskipun terpaksa bermain sepanjang 53 minit dengan 10 pemain.

Bagaimapun, Sepanyol dan Chile layak ke pusingan kalah mati apabila masing-masing muncul juara dan naib juara kumpulan.

Sepanyol akan bertemu Portugal selaku naib juara Kumpulan G pada 30 Jun depan manakala Chile berdepan Brazil sehari sebelum itu.


SWITZERLAND 0 - 0 HONDURAS

BLOEMFONTEIN: Honduras dan Switzerland terikat tanpa jaringan dalam perlawanan terakhir Kumpulan H dengan kedua-dua pasukan tersingkir daripada saingan Piala Dunia kali ini.



PENYERANG Portugal, Cristiano Ronaldo (tengah), mengucapkan tahniah kepada pemain Brazil selepas perlawanan kumpulan G Piala Dunia FIFA 2010 yang tamat sebentar tadi, dengan keputusan seri tanpa jaringan. Susulan keputusan itu, Brazil dan Portugal mara ke pusingan kalah mati. - Foto AFP

PORTUGAL 0 - 0 BRAZIL

DURBAN: Pertemuan Portugal dan Brazil dalam perlawanan terakhir Kumpulan G di Stadium Moses Mabhida berkesudahan seri 0-0.

Dengan keputusan itu, Brazil dan Portugal yang masing-masing juara dan naib juara kumpulan melangkah ke pusingan kalah mati.


IVORY COAST 3 - 0 KOREA UTARA

NELSPRUIT: Ivory Coast menundukkan Korea Utara 3-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan G Piala Dunia FIFA 2010 yang berlangsung di Stadium Mbombela, malam tadi.

Gol Ivory Coast dijaringkan Toure Yaya pada minit ke-14, Romaric (minit ke-20) dan Kalou (minit ke-82).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...