Khamis, Jun 24, 2010

Menteri Otak Kemetot Nak Buang Tak Boleh...

Oleh Mohd Sayuti Omar

MAAF lah kepala saya jadi panas dengan tiba-tiba bila mendengar Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi menyelar Anwar Ibrahim ketika bercakap dengan pemberita berhubung Jemaah Islam (JI). Kata Zaid, Anwar tidak sepatutnya memanipulasikan isu berkenaan.

Saya rasa baik Menteri Pertahanan dan juga Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara dan juga Menteri Pelajaran tidak berapa masak dalam hal ini. Kalau Anwar tidak masak munasabah, sebab dia ketua pembangkang di mana akan membangkang apa saja tidak kira makanan yang dihidangkan beracun atau lazat.



Kenapa saya kata tidak berapa masak ialah, kenapa mereka mendedahkan isu JI yang kononnya sudah meresap dalam kampus dan mengancam keselamatan negara. Dan seperti mana kata Zahid seorang Profesor Madya terlibat dengan JI.

Saya percaya kalau polis bersama menteri-menteri tidak mendedahkannya, ketua pembangkang tidak akan bercakap. Ketua pembangkang tidak ada modal untuk memanipulasikan isu berkenaan! Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain tidak akan bercakap. Dan rakyat juga tidak akan tahu mengenai hal itu. Bila menteri dan ketua polis dedah baru rakyat tahun yang ada JI di negara ini.

Selalu berlaku demikian. Kerajaan mendedahkan sesuatu tidak sepenuhnya. Dedah sikit-sikit dan samar-samar. Bila pihak pembangkang mempertikaikan mereka akan marah. Kata pembangkang mengambil kesempatan dan jadikan modal politik murahan. Dalam kes JI saya kira baik ketua polis, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Menteri Pelajaran dan terbaru Menteri Pertahanan tidak payah gatal mulut untuk bercakap. Diamkan saja.

Baru-baru ini polis ada tangkap 10 orang warga asing, kenapa tidak dedahkan identiti mereka dan jelaskan apakah aktiviti dan jenayah yang mereka lalukan. Sejauh manakah penglibatan mereka dalam JI?

Kalau setakat tangkap masuk guni dan tidak ceritakan kepada rakyat ia jadi masalah. Zaman ini zaman segala maklumat tidak boleh disimpan di bawah karpet lagi. Selain polis yang ada kuasa menangkap, rakyat juga ada hak untuk menilai dan menghakimi dengan akal dan otaknya atas prinsip kebebasan. Selalu juga terjadi polis tidak bertindak secara profesional tetapi lebih sedia menjadi lembu mandul dicocok hidung kepada UBN.

Untuk apa Muhyiddin Yassin meminta semua Naib Cencelor jumpa ketua polis negara. Untuk apa pula Zaid sebutkan perkara ini kepada pemberita sambil melanyak bekas ketua kabilahnya? Untuk apa? Untuk apa? Apakah untuk membendungnya atau untuk apa? Apakah dengan cara mendedahkan itu ia boleh dibendung? Atau tiba-tiba saja bila isu JI didedahkan mereka yang cuba menyebarkannya akan berhenti? Begitukah? JI ini bukan calang-calang gerakan. Saya rasa mereka tidak akan berhenti setakat ada menteri mendedahkan kegiatan mereka. Mereka yakin dan komited dengan jihad mereka.

Sebab itu pendedahan menteri dan ketua polis mengenai JI itu tidak begitu jelas dan konkrit. Sebab itulah juga pembangkang membuat andaiannya ia adalah motif dan helah politik. Bahawa kerajaan sengaja menimbulkan itu untuk menakut-nakutkan orang ramai. Menimbulkan kebimbangan. Dan ada benarnya juga kalau ada yang beranggapan kerajaan akan tangkap pemimpin pembangkang atas motif politik.

Kejadian mengkambinghitamkan pihak pembangkang ini bukan baru. Ia pernah berlaku sebelum ini. Dalam tahun 1986 atau 1987 yang tunjuk perasaan dan menimbulkan isu perkauman para pemuda Umno, yang kena tangkap pemuda Pas. Semua orang masih ingat. Zahid sendiri juga rasanya ada pengalaman mengenai tindakan rakus kerajaan ini tahun 1998 sewaktu reformasi lalu. Apakah pengalaman yang dilalui itu tidak boleh dijadikan iktibar. Jangan munafik?

Di sini kalau kerajaan ikhlas hendak membenteraskan isu itu (kalau ada seperti mana dikatakan itu) ia tidak perlu dihebuhkan. Cekup perlahan-lahan dan sumbat ke dalam penjara. Masukkan ke dalam ISA. Tetapi kalau awal-awal sudah heboh riuh randah sekampung apa halnya? Jangan marahkan orang kalau ada tuduh ada motif di sebalik itu. Belajarlah menjadi bijak dan cerdik sedikit.

Itu Zaid Hamidi pun tidak payahlah selar dan marahkan Anwar. Anda Menteri Pertahanan ada kuasa, ada bedil dan ada bom, bom sajalah tutup cerita. Kalau C4 milik tentera boleh dilepaskan untuk hancurkan Altantuya apa salahnya kalau ia digunakan untuk bom JI? Gunalah...

Kalau menimbulkan isu kerana nak burukkan Anwar nak hina Anwar rasanya tidak payah. Seorang menteri seharusnya ada wibawa, ada klas dan mempunyai integriti yang tinggi. Kalau Zahid atau Hishmuddin juga bercakap macam ketua pemuda cawangan malanglah kerajaan Najib Razak. Malang bagi Najib nak tukar menteri bodoh dan otak kemetot tak dapat kerana ahli parlimen Umno hanya ada berapa kerat saja. Al nasib wa nasab.... http://msomelayu.blogspot.com/



1 ulasan:

  1. malanglah bagi malaysia ada menteri-menteri tak berotak. MALUalaysia

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...