Ahad, Jun 06, 2010

Puluhan peluru pada tubuh aktivis



IMEJ video TVNET kelmarin menyiarkan gambar seorang aktivis yang cedera di atas kapal Mavi Marmara pada Isnin lalu.




LONDON - Sembilan aktivis Turki yang terbunuh dalam satu serbuan anggota-anggota komando Israel di atas kapal Mavi Marmara yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Isnin lalu terkena sejumlah 30 das tembakan, lapor akhbar Guardian kelmarin.


Menurut akhbar itu, lima daripada aktivis tersebut ditembak sebanyak lima kali di kepala.


Pendedahan berkenaan dibuat berdasarkan bedah siasat yang menunjukkan kebanyakan mangsa ditembak dengan peluru sembilan milimeter dari jarak dekat.


Akhbar itu memetik kenyataan Naib Presiden Majlis Perubatan Forensik Turki, Yalcin Buyuk yang melakukan bedah siasat ke atas sembilan aktivis tersebut.


Sebelum ini, pihak berkuasa Israel menyatakan bahawa anggota-anggota komando berkenaan melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri selepas diserang oleh aktivis dengan pisau dan belantan, manakala dua pucuk pistol mereka dirampas.


Menurut keputusan bedah siasat itu, seorang aktivis Turki, Ibrahim Bilgen yang berumur 60 tahun ditembak empat kali di dada, pinggul, pelipis dan belakang badannya.


Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) keturunan Turki, Fulkan Dogan yang berumur 19 tahun pula ditembak lima kali dari jarak kurang 45 sentimeter di muka dan belakang kepala. Selain dua kali di kaki dan sekali di belakang badannya.


Dua lagi aktivis lelaki ditembak sebanyak empat kali.


Menurut Yalcin, lima orang yang mati itu ditembak sama ada di belakang kepala atau di belakang badan.


Beliau berkata, seramai 48 yang lain cedera akibat ditembak dan enam aktivis masih hilang.


Kapal itu membawa kira-kira 700 orang semasa diserbu oleh anggota-anggota komando di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean.


Menurut seorang jurucakap Kedutaan Israel di London: "Memetik picu senjata api dengan pantas akan menyebabkan beberapa peluru yang sama berada pada tubuh manusia. Tetapi ia tidak dapat mengubah fakta bahawa komando-komando itu berada dalam situasi yang mengancam nyawa." - Reuters



kosmo


Share

1 ulasan:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Alhamdulilah, kita rakyat Malaysia sepatut mengucap ribuan terima kasih kepada PM 1 Malaysia Najib kerana kebijaksana PM mengajikan Yahudi APCO untuk membantu pentakbiran/menjana ekonomi Malaysia di samping e2 PM 1 Malaysia bagaikan seorang yg kasyap ( dapat baca firasat masa akan datang) . Tak sia sia PM Najib mengajikan Yahudi APCO walaupun PM Najib di kecam berbagai pihak baik rakyat mahean mahupun blogger2 pakatan rakyat . Dengan kerjasama PM Najib dengan Yahudi ,kalau tidak 12 aktivis campur 6 aktivis berada dalam kondisi sejahtera dalam sihat walafiat . kalau tiada jaringan kerjasama PM 1 Malaysia dengan Yahudi APCO , saya rasa ramai isteri aktivis menjadi janda dan anak2 aktivis menjadi yatim .
    PM 1 Malaysia berbeza dengan pemimpin seperti TG Hj Hadi , TG Nik Aziz , para alim ulamak dari golong PAS hanya sekadar berdoa, berdoa sahaja (bagaikan dalam cerita anak ku Sazali" Oh , anak ku sazali" setakat e2 sahja yg mampu) , malah pemimpin2 Pakatan Rakyat Baik ADUN/AHLI PARLIMEN Pakatan Rakyat sekadar melalak atau berdemo dan memaki hamun diserta kutuk mengutuk sahaja , selepas balik kat rumah sandar kat kerusi malas petik kipas heli dan kena teh ais . Rakyat Palestin tetap dera tiap2 hari . Kalaulah Nabi Muhammad SAW masih hidup , baginda akan menangis dengan umat islam di Malaysia hanya pandai berdemo dan kutuk mengutuk kaum yahudi dan Nashrani . wal hal Nabi Muhammad SAW Tidak ajar untuk berdemo dalam pentakbiran baginda.
    Sejahat jahat dan sangkaan Buruk terhadap PM 1 malaysia oleh pendokong Pakatan Rakyat keran berkerjasam dengan Yahudi APCO di Malaysia . janganlah kita rakyat mahean menafikan kebijaksana PM 1 Malaysia dapat sekurang kurang membantu aktivis malaysia tidak di bunuh oleh rejim Israel, tolong jangan nafi kan bab ini. hj jamaludin

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...