Isnin, Jun 07, 2010
"Undilah BN untuk memufliskan Malaysia pada 2019"
Oleh Penarik Beca
Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala (lihat Malaysiakini 27/5/10 "Subsidi berterusan: M'sia bankrap 9 tahun lagi").
Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga pakar ekonomi dari Sorbonne University, Datuk Dr Norraesah Mohamad kata: "Adalah lebih tidak masuk akal bahawa Malaysia akan menjadi satu lagi Greece" (lihat Bernama 31/5/10 "Norraesah: Ekonomi Malaysia terlalu kukuh untuk gagal").
Meskipun kenyataan Idris kelihatan hanya menyalahkan subsidi sahaja dan tidak menyebut tentang rasuah, ketirisan, penyelewengan dan yang sejenis dengannya sebagai punca yang akan menyebabkan negara ini bankrupt atau muflis, tetapi saya rasa Idris tidak bercakap sebagai ahli politik. Dia bercakap berdasarkan angka.
Semua orang tahu, antara hobi utama ahli-ahli politik, tak kira dari parti mana pun, ialah berbohong. Bila tak cakap sebagai ahli politik dan bercakap berdasarkan angka, angka tidak berbohong. Angka hanya boleh dimanipulasikan oleh tukang bubuh angka dalam percubaan nak menghantar aura "feel good" dalam jiwa pihak yang disasarkan.
Apa pun, hampa nampak dak pengajaran utama yang kita dapat dari kenyataan Idris? Dia sebenarnya beritahu kita bahawa selain dari memotong subsidi, kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sudah hilang akal untuk menyelamatkan negara ini dari kemuflisan.
Selain itu, hampa nampak dak satu lagi ironi? Sebelum ini, kita diratib-ratibkan sejak bertahun-tahun lalu bahawa Malaysia akan jadi negara maju pada tahun 2020. Pada masa yang sama, Malaysia diramalkan akan bankrupt pada tahun 2019. Lagu mana tu?
Maju dalam kemuflisan?
Nanti sat, tak habis lagi. Hampa rasa Idris kena marah dak dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bila dia buat statement lagu tu? Takkan Najib tak hangin satu badan bila kenyataan Idris itu dengan sendirinya bermakna "undilah BN untuk memufliskan Malaysia pada tahun 2019". Idris macam bubuh paku atas jalan yang Najib nak lalu.
Laa, bila sebut ja nama Najib, teringat Apco Worldwide dan Altantuya Shaariibuu.
(Saya tulis posting ni setelah baca komen-komen dalam Malaysiakini di bawah tajuk "Idris spot on about nation going bankrupt")
utaraonline
Share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...