2010/07/05
LONDON: Pemain pertahanan England dan Chelsea, Ashley Cole, didakwa menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada seorang model muda yang dilihatnya di Internet sejurus sebelum turun ke padang, baru-baru ini.
Menurut sumber, dua setengah jam sebelum beraksi mewakili England dalam saingan awal Piala Dunia di Afrika Selatan, Cole dilaporkan memujuk model itu menghantar gambar bogel kepadanya.
Malah, selepas England seri 1-1 dengan Amerika Syarikat, Cole dikatakan masih memikirkan seks dengan menghantar SMS baru kepada model terbabit.
Isinya tetap sama - mengharapkan model berkenaan mengirim gambar bogel terbaru untuknya.
Model itu berkata, Cole agak kelam-kabut jika gagal mendapat gambar seperti diingininya.
“Dia perlukan gambar lucah sebelum bermain di padang.
“Rasanya tentu peminat terkejut apabila mengetahui bagaimana Cole melakukan persiapan sebelum perlawanan,” katanya.
Difahamkan, Cole menghantar 139 SMS kepada model berkenaan untuk menggesanya menghantar lebih banyak gambar lucah sepanjang kempen Piala Dunia kali ini. Walaupun begitu, dia tidak pernah bertemu secara bersemuka dengan model berkenaan. - Agensi
HM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...