Khamis, Julai 01, 2010
Dicekup ketika menikmati urutan batin
SUNGAI BULOH – Tiga pelanggan yang sedang menikmati belaian berahi urutan batin tersentak dengan kehadiran pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah kedai di Bukit Rahman Putera, di sini.
Pusat urut yang mengenakan caj RM100 berpandukan kepada pakej urutan badan dan batin itu dikatakan popular dan sering menerima kunjungan lelaki berhidung belang dan dahagakan seks sejak lebih tiga bulan lalu.
Ketika disoal siasat, ketiga-tiga gadis beragama Islam itu cuba berbohong dan mengaku mereka hanya menjalankan perkhidmatan tugas urutan biasa.
Dalam operasi bersepadu membabitkan 50 pegawai dan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor kelmarin, tiga premis lain yang menjalankan perkhidmatan spa dan refleksologi turut diperiksa.
SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...