Jumaat, Julai 30, 2010
Guru siswazah sahaja boleh berpolitik ?
Langkah kerajaan yang diwar-warkan bagi mebolehkah guru berpolitik amat menggembirakan penulis. Kerana apa? Kerana guru juga rakyat Malaysia. Jika mereka rakyat Malaysia mengapa mereka dilarang berpolitik? Bukankah berpolitk itu dilakukan diluar waktu sekolah. Guru bukan berpolitik dalam bilik darjah. Bagi penulis, mana-mana penjawat awam juga harus dibenarkan berpolitik bukan hanya guru sahaja.
Kalau pekerja pejabat, mereka bukan berceramah politk dalam pejabat tetapi di luar masa pejabat. Apa yang ditakutkan dengan penajwat awam berpolitik jika politik adalah hak yang dijamin dalam demokrasi?
Mengapa hanya guru ataupun guru siswazah? Jawabannya mudah kerana merekalah yang mengajar anak bangsa. Anak bangsa yang masih mendtah ini mudah untuk diajar bahawa UMNO sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan. Anak bangsa ini mudah diajar PAS, PEKEMAS dan semua parti berhaluan kiri adalah penentang kemerdekaan dan penentang kerajaan. Dan Nik Abduh diajar sebagai Al-Qaeeda.
Kemudian disyaratkan pula hanya guru siswazah sahaja dibenarkan berpolitik. Guru siswazah kebanyakan, penulis ulang kebanyakannya adalah anak-anak muda. Bagus juga kerana majority anak muda ini di universiti adalah condong kepada PAS. Namun apa jadi dengan guru veteran? Ya, guru veteran ini kebanyaknnya, penulis ulang kebanyakannya penyokong UMNO. Maka logiklah mereka tidak perlu diberi kebenaran berpolitik.
Kemudian timbul pula untuk berpolitik, guru tersebut perlu pula memohon kebenaran pehak atasan Kementerian Pelajaran. Naaaah...apa-apaan nih? Ertinya mungkin kena isi boranglah, kena sebut dengan jelas dalam borang itu parti mana yang nak disokong, kalau berkempen untuk PAS sila beri alasan mengapa anda tidak boleh ditukarkan ke Baram atau Long Pasia, atau ke Kudat.
Namun penulis penyokong penuh ura-ura ini kerana bagi penyokong PAS mereka sudah lali dengan cara kerajaan ini. Lebih-lebih lagi jika mereka pernah mengikuti kursus ILHAM. Mereka tidak susah hati jika dipindah ke manapun. Kerana bagi mereka yang telah ditarbiah, bumi ini milik ALLah Taala. Dan mereka yang tidak adil itulah yang akan menerima pembalasan ALLah Taala.Wassalam
DD
contoh soalan kertas ujian apabila guru berpolitik.. "En Najib suka main bola, hari-hari dia main bola.. (sambung ayat ini)", Annuar dan Altantuya pergi ke pasar... (sambung ayat ini)...
BalasPadammungkin kah?