Jumaat, Julai 16, 2010

Harga Minyak Akan Turun

Sekali lagi kita dihadiahkan dengan berita kenaikan harga minyak dan barang runcit. Tetapi kali ini lebih istimewa kerana pakej 5 dalam 1 merupakan hadiah dari Kerajaan 1Malaysia setelah berbulan-bulan menunggu masa dan waktu untuk menaikkan harga.





Ditambah pula dengan pengumuman setelah sessi Dewan Rakyat tamat. Ini menunjukkan Kerajaan kita betul-betul "berjiwa rakyat!"





Adakah masih ada harapan harga minyak akan diturunkan. Ya!





Harga minyak akan diturunkan semula menjelang Pilihanraya Umum ke-13. Harga minyak Malaysia dinaikkan secara mengejut, walhal harga minyak dunia diramalkan menurun lagi. Harga minyak dikatakan menurun sebanyak 6 kali berturut-turut sejak 9 Jun. Oil Prices Headed Lower. 









Graf diatas adalah graf kaitan antara Pilihanraya Kongress di Amerika dan harga minyak pada tahun 2006. Menjelang Pilihanraya Kongress pada 7 November 2006, harga minyak diturunkan 60 hari sebelum pilihanraya diadakan. Baca lebih lanjut disini.





Yang menariknya, taktik yang serupa diguna pakai menjelang Pilihanraya Parlimen Permatang Pauh dimana kerajaan pada awalnya berkata harga minyak tidak akan turun sebelum 1 Sept tetapi pada 22 Ogos, harga minyak diturunkan sebanyak 15 sen. Baca lebih lanjut di sini dan sini.





Harga minyak memang akan turun. Persoalannya bila? Bila harga minyak diturunkan, rakyat sekali lagi akan terpedaya dan terpesona serta lunak dengan sikap kerajaan dan sekali lagi akan memangkah UMNO/BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Kerajaan dengan bangganya mengaku ekonomi negara sangat kukuh dan meningkat. Jika meningkat mengapa semuanya harus dinaikkan? 





Memang kerajaan tidak ada wang. Sebab itulah, judi mahu dihalakan, saman ekor, kenaikan harga runcit secara tiba-tiba. Semua ini untuk mengumpul dana bagi menghadapi Pilihanraya akan datang. Bukan mudah untuk merampas 5 buah negeri Pakatan Rakyat. Belanja mesti besar! Kita disuruh berjimat, tetapi kerajaan membelanjakan wang rakyat sewenang-wenangnya. Adakah kali ini kita akan tertipu lagi?





 
         harga petrol semasa


malaysia-post


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...