Isnin, Julai 19, 2010
KENAIKAN HARGA GULA - ALASAN MENTERI TIDAK BOLEH PAKAI
Oleh: WFAUZDIN NS
KERAJAAN yang ditunjangi oleh Umno terus mencari seribu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas yang baru diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kenyataan Tok Pa di sini jika diteliti menampakkan alasan-alasan mereka sama sekali tidak boleh dipertikaikan dan kelihatan seperti ingin menyorokkan sesuatu dari rakyat.
Kenyataan beliau yang menyebut adalah tidak munasabah kerajaan membelanjakan sebanyak RM 1 bilion setahun kepada barangan yang memberi kesan tidak baik kepada rakyat. Kenyataan beliau tersebut adalah merujuk kepada kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram. Justeru itu, bijakkah kerajaan menaikkan harga barang keperluan tersebut semata-mata alasan yang diberikan?
Cuba senaraikan di dalam negara kita ini ada berapa banyak perkara atau barang yang bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah boleh menjejaskan moral masyarakat yang telah diberi perhatian oleh kerajaan? Contoh seperti judi dan arak. Judi boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan malahan boleh menyebabkan kejadian jenayah lebih besar di samping menjadi dosa besar di dalam Islam. Arak juga sedemikian di samping mendatangkan risiko kesihatan yang lebih parah dari pengambilan gula berlebihan. Apa tindakan kerajaan? Malah sebelum ini kerajaan ada niat atau cadangan untuk meluluskan lesen judi yang baru berbentuk sukan pula.
Di mana kepekaan kerajaan terhadap perkara ini?
Alasan kununnya untuk mengawal ketirisan kemasukan gula ke negara jiran, itu adalah alasan paling lapuk. Sebelum ini pun kenaikan harga petrol dan diesel yang telah dinaikkan beberapa kali menggunakan alasan yang sama. Apa komitmen kerajaan di dalam memperketatkan kawalan di pintu keluar masuk sempadan? Adakah kerana negara luar, kita terpaksa menganiayai rakyat sendiri? Jika sudah kemasukan Al-tantuya ke dalam negara ini pun boleh `terpadam' rekod kemasukannya, kita boleh nilai sendiri komitmen kerajaan di dalam mengawal aspek keselamatan di dalam negara ini.
Sehubungan itu, usahlah kerajaan mencari berbagai alasan lagi untuk memperbodohkan rakyat. Ekonomi negara boleh ditingkatkan dengan membenteras amalan rasuah di samping tidak boros berbelanja dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Pemimpin yang bijak tidak akan meletakkan beban di bahu rakyat untuk menyelesaikan berbagai masalah negara. Sebab itu penting kita memilih pemimpin yang amanah dan bijak untuk memimpin kita./wfauzdin.blogspot.com
Depa ingat rakyat bodoh sangat ka macam depa tu...sorryla UBN...kalau masih bodoh dan busuk lagu tu jugak maka jahanamlah UBN, juak-juak dan katak-kataknya pada PRU akan datang...
BalasPadamhi,
BalasPadamkalau pasal minyak 5sen, harga gula naik ko nak tumbangkan kerajaan...tingginya cita2 ko...
TQ
ala "aku",diaorg mmg camtu,tak dinamakan pembangkang kalau menyokong:)
BalasPadam