Selasa, Julai 20, 2010

Kes Pasir; Curi ke, samun ke, ada permit ke, yang untung UMNO !

Oleh: Annuar kamaruddin

Orang-orang Taiping dulu sewaktu lombong-lombong pasir masih beroperasi, dapat membeli pasir dengan harga yang cukup murah. Satu lori besar, Cuma lima belas ringgit. Hari ini semua lombong telah ditutup.Sebab bekas-bekas lombong dijadikan taman-taman perumahan dan kawasan industri. Kalau nak beli pasir kena pesan dari Kampar. Harga dah jadi seratus lima puluh. Kalau jauh sikit dua ratus. Jauh lagi dua ratus dua puluh.

Di Perak tak dengar pulak kes curi pasir. Yang ada kes rompak negeri. Jadi kerajaan haram. Tapi dah disahkan halal.

Berbalik kepada kes pasir di Selangor. Maka melalaklah UMNO dan konco-konco UMNO kononnya Selangor tak tahu urus pasir, rosak alam sekitarlah, macam-macam lagilah. Perkara ni bukan baru. Sebelum PR memerintah dah lama jadi sasaran lensa TV3.

Macam-macam gelaran diberikan. Yang popular “PENYANGAK ALAM SEKITAR”. Tapi satu hal yang tidak dihighlightkan ialah KE MANA PASIR TU PERGI. Ke Korea kah, ke Indon kah, ke Singapore kah atau hanya dalam negara.

Kalau keluar negara, memang sah mereka itu pengkhianat negara. Tapi kalau dalam negara, tentu untuk pembangunan. Nak buat sekolah, nak buat jalan, nak buat jejambat, nak buat rumah, nak buat kondo, nak buat macam-macam.

Yang dapat kontrak tu tentulah geng UMNO. Yang untung pulak UMNO. Sebabnya setiap tauke projek dimestikan beri sumbangan dua persen kepada UMNO negeri. Untuk tabung pilihanraya. Habis tu kenapa bising-bising. Saja je. Nak burukkan imej kerajaan PR.

Bila kerajaan Selangor minta kerjasama tangkap si pencuri pasir, TPM kata Selangor kena urus sendiri. Apa Selangor ada polis sendiri kah. Lainlah kalau Selangor dan kerajaan PR boleh buat pasukan polis sendiri. Rasanya boleh kut.

Tengok macam mana pengawal keselamatan bank boleh tembak perompak, tak salah tembak perompak. Kalau Selangor guna security guard, boleh tembak perompak dan pencuri pasir tu. Ala … budak sekolah pun polis tembak. Alasan, disyaki penjenayah.

Satu hal lagi. Macam mana UMNO sekarang ni bukan main lagi naik ekor dan naik tocang. Bukan main samseng lagi. Kerajaan negeri dah lantik penghulu, UMNO lantik pulak ketua kampong persekutuan. Kerajaan negeri lantik JKK, UMNO lantik pulak JKKP. Sebabnya dia ada bapak di kerajaan pusat.

Bapak dia PM. Pak sedara TPM. Paksu dia IGP. Pakcik dia sepupu PM. Mak Ngah dia menteri. Ustaz dia menteri di JPM.

Macam kes Israel lah. Sebab apa tok-tok Arab termasuk tok-tok Melayu takut sangat kat Israel . Sebab bapak dia Amerika dan Britian. Siapa berani kacau.

Dulu ada kes di Ipoh . Seorang budak sekolah asrama penuh popular kena tindakan sebab hisap rokok. Tiba-tiba bos sekolah pulak kena tukar ke Sabah . Rupanya budak tu anak YB UMNO. Tak caya Tanya bekas pengarah yang dah lari dari UMNO tu.

DD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...