Sabtu, Julai 17, 2010

Kesedihan selubungi setahun kematian Teoh Beng Hock



SHAH ALAM, 16 Julai: Dalam tidak sedar, hari ini genap setahun kematian Pembantu Khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang menemui ajalnya di Plaza Masalam, dekat sini selepas memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Pagi tadi, sebahagian daripada ahli keluarga mendiang sambil membawa jambangan bunga dan peralatan sembahyang yang turut dihadiri kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat hadir di tempat kejadian untuk memperingati dengan memberi penghormatan kepada pembantu politik dari DAP itu.

Kelihatan enam orang sahaja dibenarkan naik ke tingkat lima bangunan itu antaranya bekas majikan beliau, Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ke tempat Beng Hock dijumpa tertiarap tidak bernafas.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, Ahli Parlimen Puchong yang juga seorang peguam kes, Gobind Singh Deo, Exco Selangor Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu serta lebih 50 lain.

Setelah 30 minit, mereka berenam termasuk ibu bapa, abang, kakak dan adik serta Ean turun menyertai kumpulan wakil rakyat yang sedang berucap sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir.

Ketika berucap, adik perempuan mendiang, Teoh Lee Lan tidak dapat menyembunyikan kesedihan yang jelas terpancar rasa sedih amat sangat.

Kerana sebak dan dalam berlinangan air mata, beliau terpaksa mengambil masa beberapa minit untuk sampaikan perasaan mewakili keluarga.

Tegas Lee Lan, "Keluarga kami cadang berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana kami tidak berpuas hati dengan inkues yang dijalankan.

"Perdana menteri kata inkues akan hanya mengambil masa dua minggu, paling lama dua bulan tetapi sekarang ini sudah setahun," tambahnya.

Najib pernah berkata, keluarga boleh berjumpa dengannya jika tidak berpuas hati tapi selepas minta surat jaminan, beliau tetap tidak dihiraukan, ujarnya.

"Keluarga setuju bertolak ansur menerima inkues dan bukannya Suruhanjaya Diraja kerana Najib berkata mengikut perlembagaan inkues, mesti diadakan terlebih dahulu, tunggu dan lihat, apa jawapannya kepada kami,” katanya dengan air mata berlinangan.

harakahdaily



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...