Khamis, Julai 29, 2010

Pasai pa hangpa tak nak dengaq kata Najib?




Tak perlu percaya Raja Petra, kata Najib


"Kalau Raja Petra ditaja pembangkang, bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik...jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan hari ini.

Hubungan Sulit Saiful-Pendakwaraya Cabul Ketelusan Kes Fitnah II

SHAH ALAM 26 Julai - Sankara Nair, salah seorang peguam pasukan pembela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II telah menghantar surat kepada Peguam Negara hari ini mendesak penjelasan berhubung dakwaan penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin mengenai jalinan sulit antara seorang timbalan pendakwaraya wanita dengan saksi utama pihak pendakwaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

KAH!KAH!KAH!

PASAI PA HANGPA TAK NAK DENGAQ KATA NAJIB?

KA HANGPA TAK NAK PAKAI CAKAP DIA?

MENGAPA BEGITU TERBURU-BURU MENGGUGURKAN SEORANG TIMBALAN PENDAKWA RAYA?

DAN DENGAN PANTAS MENAFIKAN PERANAN SEORANG TIMBALAN PENDAKWA RAYA DALAM SEBUAH KES

YANG BERPROFIL TINGGI?

KALUT BETOI LA HANGPA KAH! KAH! KAH!

'Hubungan romantis', DPP digugurkan dari kes Anwar

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai "hubungan romantis" dengan saksi utama kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...