Selasa, Julai 27, 2010
Pelajar dipaksa beraksi lucah
JAKARTA - Dua remaja sekolah Indonesia dipaksa berbogel dan melakukan aksi seks oleh sekumpulan lelaki dalam satu skandal rakaman terbaru yang mula tersebar di Internet.
Rakaman bertajuk SMA Cikarang (Sekolah Menengah Cikarang) itu dipercayai dirakam di wilayah Bekasi, Jawa Barat.
Sekumpulan lelaki dewasa dilaporkan menangkap pasangan remaja terbabit dalam keadaan mencurigakan di sebuah kawasan sunyi dan mengugut menyerahkan remaja itu kepada pihak berkuasa.
Kedua-dua pelajar itu kemudian dipaksa melakukan aksi lucah di hadapan sekumpulan lelaki itu yang menonton sambil merakam aksi remaja itu.
Polis Bekasi mengesahkan identiti kedua-dua mangsa yang berumur 18 tahun dan kesemua pesalah sudah dikenalpasti.
"Kami berharap dapat menyoal siasat mangsa secepat mungkin," menurut jurucakap polis.
SH
dasyatnyer bdk2 indon!
BalasPadam