Dalam seminggu dua ni,aku dengan isteri aku berjalan-jalan mencari location rumah yang mampu dibeli.Agak payah untuk membuat keputusan sebab bila beli dan berhutang lebih 20-30 tahun,benda camni memerlukan satu komitmen yang agak panjang.
Aku agak kecewa dengan sistem pembelian rumah di Malaysia yang tidak menetapkan developer wajib menyiapkan rumah sebelum dibeli,ini kerana risiko pembelian rumah tidak jatuh kepada developer.Risiko kerugian ketika pembelian rumah agak berat kepada pembeli,yakni,rakyat Malaysia.
Apa yang aku paham setakat ni,daripada yang aku belajar dan tanya-tanya,sesebuah projek perumahan baru akan dikeluarkan pelannya sebelum dirasmikan pelancarannya.Rumah tersebut sudah mampu ditempah oleh pembeli.Untungnya di sini adalah pembeli akan dapat membeli rumah dengan harga yang lebih murah kerana jika sudah pun dilancarkan atau memasuki fasa kedua (dan seterusnya) harga rumah akan melambung naik.
Apa yang terjadi pada aku dengan isteri aku adalah apabila timbulnya pressure daripada salesman developer yang mengharapkan agar aku dan isteri booking cepat-cepat rumah.Alasannya,"Nanti sudah launch naik harga maa!"
Jadi,apa risikonya kepada kami berdua nanti?
1. Bila dah letak booking dan loan dah approved,interest loan bank akan mula-mula sekali perlu dibayar walaupun rumah belum disiapkan atau siap untuk diduduki.Pernah tengok berita orang beli rumah tapi tak dapat nak duduk rumah sendiri tapi loan dah perlu dibayar?Itu adalah sebab developer lari tapi bank dah start mintak bayar installment.
2. Kalau-kalau aku dah letak booking RM500,katakanlah loan bank tak lepas,duit booking tu akan dipegang oleh developer WALAUPUN diorang tau loan bank kitorang tak lepas.
3. Sebab rumah yang ingin dibooking tu belum pun naik showhouse-nya,jadi gambaran mengenai rupa bentuk dan rekaan rumah tu hanyalah kelihatan dalam bentuk lukisan dan imej 3D.Kualiti dan hasil finishing nya tak nampak depan mata,semua bergantung kepada skrip2 dan air liur salesman tu.
4. Membeli secara buat tuli? Beli baju pun kita boleh masuk changing room dan try baju tu dulu.
Aku cukup marah bila undang-undang Malaysia ni tak berapa protect pengguna,dalam bab pembelian rumah satu-satunya benefit yang pengguna akan dapat adalah harga yang lebih murah jika berani beli awal dan gamble.Tak patut.Pembelian rumah adalah satu bentuk investment jangka panjang dan sepatutnya pelanggan dijaga haknya dalam urusan jual beli.Jika developer bankrap atau gulung tikar,tidak ada pun undang-undang yang menjaga kepentingan pengguna.
Ada orang yang mampu memperjudikan nasib beli rumah yang hanya ada dalam angan-angan diorang,terpaksa yakin dengan janji-janji kosong developer tapi tak semua orang mampu camtu,kan? Pengguna dan pembeli sudahpun memperjudikan nasib mereka apabila mereka menggamble-kan wang ringgit mereka apabila "melabur" ke dalam satu kawasan atau daerah yang kita sendiri tidak pasti akan "menjadi" atau tidak.Tak sepatutnya pembeli rumah terpaksa juga memperjudikan nasib mereka sama ada rumah yang mereka beli akan wujud atau tidak,puas hati atau tidak.
Tapi melihatkan kepada Perdana Menteri kita yang suka benar hal-hal berkaitan judi,mungkin nasib pembeli dan rakyat juga apa salahnya jika diperjudikan.Jika anda ingin membeli rumah,pilihlah developer yang mempunyai track record yang ok dan bertawakallah.Undang-undang tidak akan menyebelahi anda.Jangan biarkan salesman developer menakut-nakutkan anda.

cursingmalay
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...