Isnin, Julai 05, 2010

Saman trafik : Rakyat didahulukan

Oleh Afrar Yunus


Tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyaman pemandu-pemandu mula menimbulkan keresahan.Ada yang memberitahu bukan kesalahan terbaru sahaja yang PDRM saman malah kejadian empat atau lima tahun dahulu dikorek dan dibawa ke hadapan.

Tiada potongan diberikan ketika hendak membuat bayaran.Bila sudah bayar di kaunter bayaran saman PDRM, pemandu yang disenarai hitam masih belum dapat berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mendapatkan cukai jalan.



Ramai yang merungut. Ada yang mengambil masa empat atau lima hari untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.

Kata mereka, PDRM pandai menyaman tetapi tidak cekap dalam urusan perkomputeran bagi membatalkannya sesudah bayaran dilakukan.

Orang kampung pula menuding jari ke arah Najib Razak. Ada yang marah-marah mengatakan pilihanraya sudah dekat. Kerajaan Barisan Nasional kurang wang.

PDRM digunakan untuk memenuhi hasrat Perdana Menteri - rakyat didahulukan.

Entahlah. Apa guna saman yang bertahun kebelakang didahulu dan diutamakan !

Bukankah mahkamah pernah membuat keputusan bahawa saman ekor tidak sah ?

Jangan-jangan jadi macam judi sukan. Lontar isu dan tarik balik atau kurangkan kadar saman.

Maka Najib, Umno dan BN akan dipuji

detikdaily

2 ulasan:

  1. memang sial...hal saman ekor ni...yesterday aku kena bayar saman RM1900.tadi aku nak p bayar road tax...cis tak boleh...sebab ada lagi saman yg muncul...kenapa tipu aku...kmarin kata..jika u bayar RM1900 u dah boleh bayar cukai jalan...rupanya hanya umpan...bayar kena habis, masaya allah ..mana aku nak cari wang...aku pandu 70 km sejam di kawasan had Km60.Ramai rakyat kerian tahu di sg bogak had laju 60 tak lojik..jalan 4 lorong...saja nak naya rakyat

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama6/3/11 3:13 PTG

    memang pun jalan sg bogak tu 4 lorong. aku ada 10 saman kat situ. takdak duit nak bayar. baik beli susu anak lagi baik. najib ada paham ka masalah rakyat

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...