Sabtu, Julai 03, 2010

Vincent Tan merajuk, Umno pula terpaksa "mandi limau"


Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak membatalkan lesen judi perlawanan Bola Sepak Piala Dunia dipercayai mempunyai agenda dan cerita tersembunyi. Menurut Setiausaha Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ), Suhaizan Kaiyat, Keputusan tersebut dibuat disebabkan keadaan mereka yang kini sedang terperangkap dengan mainan politik dalaman dengan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

"Umno terperangkap dengan Vincent Tan kerana parti itu terhutang budi dengan dia (Vincent) dengan sumbangan-sumbangan yang telah diberikan sebelum ini," katanya
Tambahnya, kerajaan telah mengeluarkan surat kepada pihak Berjaya ekoran pengeluaran lesen pertaruhan bagi perlawanan bola sepak Piala Dunia namun ianya terpaksa ditarik balik. "Umno telah berjanji dengan Vincent kerana termakan budi sebelum ini tetapi malangnya ia terpaksa dibatalkan akibat bantahan rakyat terhadap isu judi ini," tegasnya.

Terdahulu, ketika diminta mengulas mengenai 'Himpunan Bantah Judi Sukan' Suhaizan berkata pihak penganjur tetap akan meneruskan program tersebut. "Cuma kita akan ubah dari segi pengisian program yang dimulai dengan solat Zohor, solat hajat dan ceramah mengenai judi. Orang ramai dijemput hadir ke Masjid Negara pada 3 Julai akan datang," tegasnya.

Menjawab soalan mengenai mood rakyat mengenai himpunan yang agak 'sejuk' beliau menjelaskan program seumpama itu adalah merupakan satu mekanisme bagi mendidik rakyat mengenai hukum judi serta kesannya kepada pembinaan sahsiah dan masyarakat.

"Kita baru sahaja mendidik rakyat mengenai judi, iaitu hasil judi yang merosakkan rakyat dan ia perlu diteruskan bagi memberi input bermanafaat kepada rakyat bagi mempertahankan negara ini," kata Suhaizan yang juag Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.

detikdaily


2 ulasan:

Sendiri mau ingat...