Rabu, Ogos 25, 2010

Bapa sembelih anak 3 tahun


Lelaki yang disyaki menyembelih kanak-kanak tiga tahun ditahan dan dibawa oleh pihak polis dari Kampung Sungai Budor, Kota Baru semalam. - Bernama

2010/08/24

KOTA BHARU: Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sungai Keladi, dekat sini, pagi tadi

Dalam kejadian 11.50 pagi itu, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu.

BH

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...