KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun bukan saja dipukul, malah turut dirogol lelaki tidak dikenali di kawasan tangga sebuah flat di Bandar Tasik Selatan, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang sedang menunggu lif untuk naik ke rumahnya selepas pergi ke kedai berhampiran, tiba-tiba didatangi seorang lelaki berusia lewat 20-an dari arah belakang.
Menurut sumber, suspek kemudian memegang tangan mangsa dan menutup mulutnya sebelum mengheretnya ke tangga kawasan perumahan itu.
"Suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaiannya sebelum berbaring. Namun, mangsa enggan menyebabkan lelaki terbabit berang.
"Lelaki terbabit kemudian menampar mangsa beberapa kali sebelum mengarahkannya mendiamkan diri," katanya.
Sumber berkata, suspek kemudian menanggalkan seluar mangsa sebelum merogolnya.
"Belumpun puas melepaskan nafsunya, suspek bergegas melarikan diri selepas terdengar suara penduduk flet berhampiran," katanya.
Sumber berkata, mangsa kemudian pulang ke rumah sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibunya.
"Ibu mangsa membawa pelajar terbabit ke Balai Polis Salak Selatan sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.
Maaf empunya blogger Biaqpila< kes macam ini si Mamak Pemuda UMNO dan Perkasa tak minat nak isukan atau digembar gemburkan tapi kalau DAP masuk masjid atau bagi zakat atau doakan DAP dapat pentunjuk dari ALLAH SWT . Ha! Yang ini depa semua suka!
BalasPadamBenda mcm ni pun nak dipolitikkan ke??? Adoi. Firestone betullah kau ni.
BalasPadamIsu besar jenayah dan maksiat bagi org2 Umno dah lali dah. Sebab tu lah isu rasuah juta juta juta dah tak hot walaupun gerombolan itu makan hak rakyat (yg didahulukan)tu. Bayangkan kalau budak pompuan tu termengandung dan sudah tentu dia akan cukup benci pada zuriat perogol yang ada dalam rahimnya. Maka tak hairanlah kalau akan berlaku 7,8 atau 9 bulan nanti ada orang bunuh atau buang anak!
BalasPadam