Khamis, Ogos 05, 2010
Hubungan mesra Aziz-Rohana
Rumah Siti Rohana di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang yang tiada penghuni semalam.
SHAH ALAM - Spekulasi perkahwinan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh dengan pembantunya, Siti Rohana Ismat didakwa hangat diperkatakan sejak setahun lalu.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Habibah Yusof berkata, kedua-dua mereka memang rapat, lebih-lebih lagi Siti Rohana menjadi orang kuat ketika Abdul Aziz bertanding pada pilihan raya umum pada tahun 2004.
Bagaimanapun, menurut Habibah, sejauh mana hubungan tersebut tidak diketahui kerana dia sendiri tidak pernah bertanya kepada Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang itu memandangkan ia adalah urusan peribadi masing-masing.
"Namun spekulasi perkahwinan itu memang hangat diperkatakan dalam tempoh setahun lalu tetapi saya tidak mahu tanya kerana Siti Rohana juga merupakan ibu tunggal sama seperti saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
kosmo
Ayh Gua pernah katakan pesanan Nabi,bunyi nya l/k mcm nie.,
BalasPadamJgn.kamu suka mengelilingi telaga buruk,satu ketika atau satu masa kamu akan jatoh.
Di sebabkan masa tur Gua masih remaja(baru balig),Gua x faham,
coz Gua tak pernah jumpe telaga pon(Swimingpool)ada ler.
Hari nie dlm usia 30hn baru gua nampak,
Apa itu telaga buruk.
Kah!kah!kah!
Besar sungguh musibah nya.
Jgn Maree!!!!!!
Allah lebih mengeathui apa yang berlaku,... semoga ianya menjadi ikhtibar bagi kita semua...
BalasPadam