Jumaat, Ogos 27, 2010
Jalur lebar Celcom lembab
Celcom hanya pandai klentong
TUJUAN saya menulis ini kerana ingin meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap mutu perkhidmatan jalur lebar Celcom.
Adakah kelajuan capaian Internet dikawal dan tidak seperti yang ditawarkan dalam pakej? Ini kerana capaian Internet saya kerap kali terganggu dan perlahan.
Apa gunanya saya ambil pakej laju (tinggi), tetapi sebenarnya tidak laju.
Untuk makluman saya mengambil pakej: C-Broadband Advance (Data Only) - RM98. Tujuan utama saya melanggan jalur lebar Celcom adalah untuk mempermudah dan menyegerakan semua urusan melalui Internet serta paling penting urusan berkaitan dengan perniagaan saya.
Saya sebagai pengguna sudah dua kali membuat aduan dan susulan melalui talian 1111 dan kepada pejabat cawangan Celcom di Seksyen 9, Shah Alam.
Kesan atau perubahan yang diberikan, tidaklah seperti yang diharapkan. Saya tidak tahu sama ada dipertingkatkan ataupun tidak. Pada saya sama sahaja.
Penggunaan pada sebelah malam, lebih-lebih lagi pada malam minggu terlalu perlahan dan ada kalanya tidak boleh online langsung.
Jika alasan yang diberikan talian sesak, saya memiliki akaun persendirian, bukannya berkongsi. Lagipun itu bukan masalah kami. Kami membayar perkhidmatan dan kelajuan capaian Internet yang ditawarkan. Sepatutnya sebagai pengendali, pihak Celcom telah dan lebih bersedia serta boleh menjangkakan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
PENGGUNA TERKILAN
Shah Alam, Selangor
kedahlanie
BERTUKARLAH KE MAXIS BB...
BalasPadamMemang tidak dinafikan, CELCOM tampak Gah jer, TETAPI perkhidmatannya amat2 mengecewakan. Kekadang ikut mcm Bank lar pulak tiap hujung bulan atau hujung minggu ada jer line problem dan sebagainya.
BalasPadamKekadang malu gak bila org kata Kalau syarikat tu diurus oleh MELAYU mesti lembab, ini kenyataan yg org awam keluarkan. Jangankan nak bersaing dgn MAXIS, dgn DIGI pun kaput... amat memalukan.....
Kalau ikut fasarana CELCOM punyai kekuatan yg hebat selari dan mother company nya TELEKOM, apa yg tak ada? Line laluan hebat TETAPI perkhidmatan tak sehebat fasarana yg ada.
Yang peliknya, MAXIS & DIGI sewa line dgn TELEKOM tapi kenapa mereka agak terkehadapan? Jadi, CELCOM kena cermin diri dan upgrade segala kemudahan yg ada, dan jgn hadap akan keuntungan sahaja. Selain itu, charges line yg diberikan pun kekadang lebih mahal drp MAXIS & DIGI, walaupun Maxis & Digi menyewa line pada telekom.... beri perkhidmatan murah pun masih untung berratus juta....
CELCOM, jika masih ingin dipersada dunia, perbaiki segala perkhidmatan yg ada atau pelanggan akan kata bye... bye....!!!!
rasa mcm bodoh je kena tipu idup2 dgn broadband msia ni..kita bayar utk satu servis yg palsu!patutnya jgn fix monthly bil tu if line speed x constant..sbb kita bayar cth rm98 utk 30days.shud everyday servis kena maintain...ni kejap ada hari ok..ada hari x ok..
BalasPadamada pihak berwajib mcm mcmc pun takleh buat pa kalau kita komplen. Habis kuat depa suruh kita terminate je klu tak puas hati. Patutnya kena tamatkan lesen je pengendali yg macam celcom ni..ada bran?
BalasPadambukan setakat lembab malah lemau alias bengap
BalasPadampaling sangat sakit ati bila muat turun fail berejam2 kdg2 bhari2 baru habis download..dok bandar pon liputan macam hampeh
BalasPadamaku SOKONG sangat....dah la LEMBAB....bil pula nak tipu orang....kata promosi RM 38 sebulan...datang bil RM 60 lebih....apa barang nie....
BalasPadam