Rabu, Ogos 04, 2010

Mangsa mungkin tembak rakan sebelum tembak diri: Polis


MAYAT bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abd Aziz Mohd Nor, 63, diusung anggota polis selepas ditemui ditembak mati bersama pembantu peribadinya dalam kereta yang dinaiki mereka di Kilometer 476, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Buloh pagi tadi. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa. - Foto Berita Harian


2010/08/03

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan kematian bekas wakil rakyat Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, bersama Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat, di sini pagi ini akibat tembakan daripada salah seorang mangsa itu sendiri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak membabitkan orang lain.
Katanya, polis juga menemui sepucuk pistol jenis revolver .38 di dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul Aziz.
Khalid berkata, hasil bedah siasat di Hospital Sungai Buloh menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz.

Katanya, Toyota Caldina putih itu dimiliki Siti Rohana dan waktu kejadian ia dipandu Abdul Aziz.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang yang berusia 64 tahun itu ditemui mati bersama Siti Rohana, 43, kedua-duanya dengan kesan tembakan, dalam kereta yang terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini kira-kira 11 pagi.

Kereta itu tersebut terbabas dari bahagian kiri ke bahagian kanan jalan.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Abdul Aziz menjadi wakil rakyat dari 2004 hingga 2008 dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar, pada 1997.

Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz dan mempunyai sebuah butik pengantin di Tanjong Karang. - BERNAMA


6 ulasan:

  1. Tanpa Nama4/8/10 8:42 PG

    Saya agak sangsi dengan keterangan polis. Tidak terdapat percikan darah pada tingkap kereta. Kalau seseorang ditembak dari jarak dekat, terutama kalau dua kali kepalanya boleh pecah. Dari gambar kereta, nampak tingkap kereta bersih sekali. Hanya Allah mengetahui yang sebenarnya.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama4/8/10 8:48 PG

    Al-fatihah...semoga mereka ini ditempatkan bersama org2 yg beriman..Sedih melihat manusia sdh tidak tahu menilai harga diri dan nyawa yg di pinjamkan oleh tuhan...renungkanlah...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama4/8/10 8:54 PG

    Pihak Polis tidak boleh membuat andaian sendiri sebelum pekara ini di siasat sepenuhnya, banyak pekara pelik.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama4/8/10 10:52 PG

    pelik...dan misteri...???

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama4/8/10 5:27 PTG

    pelik je kes ni
    cm telah d rncg.kemas skali.......
    pe2 al-Fatihah

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama5/8/10 8:59 PTG

    mmg pelik ...sbb darah tak mercik kat cermin kereta...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...