Jumaat, Ogos 13, 2010

MPSJ tolong tengok sat

MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya) : Boleh ker macam ni - bhg 2


Seperti yang aku cakap semalam, aku akan tunjukan pula bagaimana sebuah kedai eletrik menggunakan lot-lot parking di hadapan kedainya untuk meletak barangan promosi tanpa mengendahkan kesesakan jalan raya yang berlaku akibat dari tindakan nya.

Boleh pula pekedai ini meletakan khemah (merah dan biru) betul-betul di atas lot parking

Yang aku musykil, kenapa pihak-pihak berkuasa samada pihak berkuasa tempatan (Majlis Perbandaran Subang Jaya) atau polis boleh membiarkan perkara ini berlaku.

Khemah berwarna merah dan biru ditempatkan di lot-lot parking untuk meletak barangan promosi

Telah diketahui umum bandar kecil ini, setiap hari, tambahan pada waktu puncak, akan mengalami kesesakan jalanraya yang teruk. Sebabnya peniaga-peniaga di sini menggunakan lot-lot parking di tepi-tepi jalan untuk menjalankan perniagaan mereka sesuka hati tanpa ada sedikit pun perasaan takut untuk di ambil tindakan oleh pihak berwajib.

Gerai-gerai buah-buahan menggunakan lot-lot parking

Kejadian ini berlaku setiap hari ... kerana apa? Kerana mereka tahu tindakan mereka tidak akan diambil tindakan. Sebabanya ... wakil-wakil rakyat mereka akan membela andai tindakan diambil. Sebab itu peniaga ini terus berada di situ walau pun ianya menyalahi undang-undang - mengganggu lalulintas

Sebuah kereta berhenti, pemandunya turun untuk mendapatkan sesuatu. Akibatnya jalan hanya tinggal satu "lane" mengakibatkan jalan menjadi sesak.

Padahal kawan aku yang berniaga "burger" di hadapan 7E, yang langsung tidak mengganggu lalulintas, selalu saja mendapat "tiket" dari pihak berkuasa tempatan - MPSJ.

Kawasan bertanda merah telah digunakan oleh kawan aku untuk berniaga Burger

Bukan itu saja, kedai-kedai makan yang meletakkan kerusi meja di luar kedai - di lot-lot parking - juga menerima nasib yang sama.
Tapi bagaimana yang ini, jam baru menunjukkan pukul 3.15, tapi kerusi-kerusi telah mengambil tempatnya di lot-lot parking dihadapan kedai makan tersebut ..
.

Gambar diambil jam 3.15 tadi - Jumaat 13 Aug 2010

MPSJ - berlaku adil lah kepada semua, tak kira Melayu. Cina atau India ...
Aku bukan bercakap atas dasar perkauman, tapi atas dasar keadilan.
Tak mungkin Melayu saja yang pandai buat salah ...... atau Melayu tak pandai nak "suap"



mimpi-senja


2 ulasan:

  1. perasan tak car wash kat kawasan rumah kedai bersepah la ni kat kawasan MPSJ.....mana mata-mata MPSJ. Tapi kalu kat pasar malam berlori depa dok tunggu...

    BalasPadam
  2. AHLI MAJLIS DAH COVER UP. BIASAK LAH PAKATAN RAKYAT PUN JAGA KRONI BRADER. MEMBER KAU ORANG UMNO DOH.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...