Tidak serik dicekup sebelum ini, sekali lagi sepasang kekasih yang sama dicekup anggota pegawai Masjid Al Azim Pandan Indah kira-kira jam 8 malam di sebuah stor salah sebuah permis di sini, kelmarin. Pegawai Masjid Al Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, pihaknya melakukan operasi itu berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam.
“Ketika ditangkap, kedua-dua pasangan tersebut resah dengan kehadiran pihak kami dan turut mendapati pasangan lelaki berkenaan hanya berseluar pendek tanpa baju manakala pasangan perempuan berpakaian lengkap".
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati pasangan tersebut masih lagi menuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi (IPT) dan pihaknya telah membuat laporan polis serta menyerahkan pasangan terbabit kepada JAIS untuk tindakan selanjutnya. “Kedua-dua pasangan kekasih itu berusia dalam lingkungan 24 tahun dan masih menuntut di IPT dan operasi dijalankan di bawah Enakmen Jenayah Syariah JAIS 1995 Seksyen 29, jika disabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali".
Ahmad Nawi berkata, pihaknya meneruskan operasi maksiat pada jam 2 pagi dan berakhir kira-kira pukul 4 pagi semalam. “Antara lokasi dan pot yang menjadi tumpuan operasi dijalankan antaranya di Bukit Langat dan Bukit Permai dan hampir 34 orang dicekup dalam operasi yang diadakan. Kami telah mengambil maklumat mereka dan pada masa yang sama mereka juga harus menghadiri sesi kaunseling di Masjid Pandan Indah, jika tidak hadir tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka".
sgkasai
Di KL orang buat maksiat dalam condo.. Bayar sewa mahal mahal dan ada securiti jaga di pagar. Bila masa pejabat agama nak masuk .
BalasPadamhahahahaaa
BalasPadam