Sabtu, Ogos 07, 2010

Pelacur perlu berbogel ketika mengurut

10 pelacur warga asing ditahan di pusat kecantikan


2010/08/07

KUALA LUMPUR: Seramai 10 wanita asing yang menjalankan aktiviti pelacuran ditahan di sebuah premis yang berselindung di sebalik pusat kecantikan di Jalan Kuchai Lama di sini, semalam.

Ketua Operasi dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, ASP Khairi Anuar Rusli, berkata dalam serbuan kira-kira 10 malam yang disertai dua pegawai dan 11 anggota itu, polis turut menahan sembilan pelanggan dan seorang penjaga premis warga China.

"Hasil risikan selama dua hari itu, kita dapati premis tersebut bukan sahaja menjalankan rawatan kecantikan dan spa tetapi turut menawarkan khidmat seks," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu awal pagi ini.

Beliau berkata, kesemua wanita yang ditahan itu berumur antara 20 dan 30 tahun, manakala pelanggan premis terdiri daripada lelaki tempatan yang berumur antara 20 dan 40 tahun.

"Wanita asing dari beberapa negara ini telah menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka dan dua daripada mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri," katanya.

Beliau berkata, premis yang telah beroperasi selama setahun itu juga tidak mempunyai lesen perniagaan dan operasinya bermula dari 12 tengahari sehingga pukul 1 pagi.

"Caj RM80 dikenakan kepada setiap pelanggan yang menginginkan oral seks dan RM150 untuk khidmat seks. Pelacur ini juga perlu berbogel ketika menjalankan rawatan urutan kepada pelanggan premis," katanya. - BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...