Isnin, Ogos 30, 2010
Umno nazak, semua isu dijadikan modal politik
PERMATANG PAUH, 29 Ogos: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah berada dalam keadaan nazak apabila semua isu dijadikan modal politik mereka.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di padang awam, Taman Pauh Indah, Permatang Pauh, kelmarin.
Menurut beliau, fitrah itu berlaku adalah kerana BN terlalu marah kepada Pakatan Rakyat (PR) terutamanya di Pulau Pinang apabila pentadbiran kerajaan negeri berjaya membela nasib rakyat yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
"PAS sekarang sedang menuju perubahan. Kajian terbaru yang dilakukan juga sudah menunjukkan ada perkembangan yang menggalakkan.
"Dalam kawasan bandar dan separuh bandar sekarang sokongan kepada PR sudah berjaya mencapai 57 peratus. Ini adalah satu jumlah yang menggalakkan menjelang pilihan raya umum yang akan datang," katanya lagi.
Katanya, dengan sokongan yang semakin terserlah menyokong PR maka BN dalam situasi yang terdesak akan melakukan apa saja bagi menimbulkan isu supaya sokongan yang hilang dapat diraih kembali.
“Sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat ini menjadikan BN fobia dan trauma kerana takut akan kehilangan kuasa tidak lama lagi,” ujarnya.
Oleh kerana itu bagi menjamin kuasa mereka tidak hilang, ujarnya maka tindakan menimbulkan provokasi dan isu dengan menggunakan sentimen kaum adalah modal politik murahan yang diamalkan oleh BN kini.
Di Pulau Pinang, katanya isu khutbah Jumaat adalah satu soal yang kecil, namun begitu BN melihat isu itu boleh mengembalikan sokongan kepada mereka.
"Ekoran dari itu maka BN menjadikan isu khutbah ini bagi mendapat sokongan masyarakat Melayu. Begitu juga dalam isu-isu lain yang remeh-temah telah menjadi isu besar bagi Umno dan BN yang semakin hilang kepercayaan masyarakat Melayu khususnya dan rakyat negara ini amnya," tambahnya lagi.
HD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...