Oleh Tulang Besi
Kasihan saya melihat UMNO sekarang ini. Orang2 dalam UMNO tiada kredibiliti sehingga terpaksa bergantung harap kepada pengkhianat dan pendusta seperti Ezam Mat Nor dan Zahid Hamidi. Tokoh-tokoh pelacur politik ini sekarang dijadikan hulubalang UMNO menyerang Pakatan Rakyat serta mereka yang tidak disukai UMNO.
Tokoh2 seperti Hasan Ali dan NAsaruddin Mat Isa, misalnya, tidak pernah menjadi bahan sasaran mereka sama sekali. UMNO sudah kehabisan modal. Mereka juga sudah kehabisan tokoh. Semua pimpinan-pimpinan mereka tiada kredibiliti untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Misalnya, Ketua Penerangan mereka Ahmad Mazlan telah terdedah sebagai penipu apabila mendakwa FELDA membelanjakan lebih RM2 billion untuk tanam semula. Sedangkan syarikat2 lain seperti Sime Darby dan IOI membelanjakan tidak sampai 40% dari kos yang digunakan FELDA.
Presiden UMNO, Najib Tun Razak, tidak dapat menjawab banyak perkara dan lebih suka berdiam diri. Sikap penakut dan bacul Najib Tun Razak menunjukkan Najib juga tiada kredibiliti untuk menyerang PAkatan Rakyat secara berdepan.
Najib terpaksa menggunakan orang lain untuk membawa agenda-agenda UMNO i.e. FELDA-Ahmad Mazlan, Isu Kalimah Allah – Zahid Hamidi dan NGO2 lain, Isu Judi Bola – Awang Adek dan sekutu2 nya dsbnya.
Dan serangan terbaru Najib terhadap Anwar dalam isu Liwat, terpaksa Najib menggunakan pelacur politik seperti Ezam Mat Nor untuk melakukan kerja-kerja Qazaf beliau.
Selepas ini kita tidak tahu siapa lagi yang akan digunakan oleh Najib untuk menjalankan kerja-kerja kotor beliau.
Lebih menyedihkan agenda perpaduan pun Najib gunakan orang lain untuk menjadi agen beliau. Hakikatnya, agenda perpaduang adalah agenda UMNO yang mahu menggunakan PAS bagi tujuan menyelamatkan UMNO dari karam. Tiada kena mengena dengan hak atau kelebihan orang Melayu.
Selama ni pun, segala kontrak-kontrak dan projek-projek UMNO berikan kepada tauke-tauke Cina MCA. Tak payah nak bohonglah. Segala hak Bumiputra digadaikan oleh UMNOPUTRA dan kroni-kroni mereka kepada tokeh-tokeh Cina. Orang Melayu yang ramai hanya mampu melihat dengan lidah terjelir sahaja.
Malahan, dalam BOD Yayasan Perdana sendiri, si Vinsetan menjadi salah seorang ahli yang terutama. Ertinya, tokeh2 CIna, tokeh2 judi dan arak sudah sekian lama menjadi pendokong dan penyokong UMNO. Ia adalah kerana tokeh2 ini dapat member imbuhan yang besar kepada UMNOPUTRA dan kroni2 mereka.
Bersyukur sangat-sangat “Agenda Perpaduang” gagal. Saya tahu, mereka yang terlibat dalam usaha membawa PAS kepada UMNO satu masa dahulu masih lagi terliur dengan agenda ini. Mereka-mereka ini masih menyimpan niat di dalam hati mahu membawa PAS duduk dalam satu kelambu dengan UMNO.
Namun, penolakan oleh ahli-ahli PAS begitu ketara sekali menjadikan “Geng Perpaduang” terpaksa menyimpan hasrat mereka di dalam hati sahaja.
Setakat ini, Hasan Ali masih bebas dari hukuman atau dakwaan sedangkan beliau dengan jelas melakukan pengkhianatan kepada parti dan Pakatan Rakyat. Ini bererti agenda perpaduan masih segar bugar kerana mereka yang terlibat masih dilindungi oleh kepimpinan PAS yang ada sekarang ini.
Kemungkinan besar satu masa nanti apabila ada peluang, puak2 PErpaduang ini akan kembali membawa gagasan ini dan memaksa ahli-ahli menerimanya.
http://www.malaysiawaves.com/
We bodoh umno tu la yang menyatukan semua bangsa. Siapa yang tagged profile tuu memang bodoh. Dia duduk malaysia tapi perangai dia macam pemberontak. Untuk pengetahuan anda, wakil2 umno tuu laa yang pergi kat England tuu untuk mintak kemerdekaan. Korang sepatutnya yang tua2 ni patutnya memartabatkan Malaysia bukannya MEROSAKKAN nama baik MALAYSIA. Untuk pengetahuan korang, umur aku ni baru 12 tahun tapi hormat Malaysia lagi daripada pembuat blog ni.
BalasPadamNi tanpa nama berkata lagi, Perdana Menteri patut dihormati. BUKANNYA DICACI. Korang tuu x suka die pegi laa duduk kat Singapura tuu. Baru tau kesengsaraan orang MELAYU. Duduk kat malaysia ni dah cukup bagus laa
BalasPadamJangan harap aku nak like biaqpila blog ni. Aku akan beritahu satu facebook blog ni hina BANGSA MELAYU.
BalasPadamMengapa orang melayu skrang suka meroskkan bangsa sendiri. Kita orang ISLAM patutnya hormat ketua kita bukan mencaci mereka. PAS, PAKATAN RAKYAT, DAP LAH yang patut dicaci. DATUK SERI ANWAR IBRAHIM didakwa meliwat, DAP PULAU PINANG memberikan duit judi kepada orang islam dan PAS memusnahkan legasi KELANTAN.
BalasPadamKeluarga ANWAR IBRAHIM yang tidak BERTANGGUNGJAWAB. HANYA MELIHAT SAHAJA MASALAH YANG DIBAWA OLEH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM.
BalasPadamermm..kurang setuju dengan sistem politik Malaysia tak kira parti apapun..asas politik tetap sama. Kuasa, Pengaruh dan Wang. Tapi, tidak terdetik plak dihati menyumpah sakan 'mereka2'..kerana fitnah atau sebagainya. Sekiranya tahu kebenaran (bukan sebab org kesayangan difitnah dan pemfitnah adalah org dibenci), kenapa tidak berdiri atas pentas Bukit Jalil ker, pentas Istana Budaya ker..apa2 pentas je lah..yg penting semua orang ble nampak betapa lantang dan hebatnya kita mencari kebenaran sambil menunjukkan bukti bergambar, video rakaman(pelaku fitnah semasa kejadian-'bloodhanded'), saksi2 kejadian (bukan dah 3 tahun berlalu, baru nak jadi saksi) arahan bertulis daripada Tuhan bahawa si 'A' telah berjaya mem'booking' pas2 masuk percuma ke neraka, si 'B' pula ditempatkan di syurga kerana kononnya dianiaya atau paling kurang pun, surat ditandatangani 25 rasul bahawa si politician 'A' salah disisi undang2 agama, bangsa dan negara, mereka wajib disulah dengan tulang besi panas dari neraka. Sekiranya, tidak ada semua itu, apa beza yg berkata dengan yang dikata, sama seperti memfitnah si pemfitnah, saling makan daging segar saudara sendiri. Kalau rasa diri dianiaya, p pejabat polis terdekat...buat laporan..paling tidak pun pegi 'meeting' ngan Allah..berdoa tu bukanlah 'tolong la ya Tuhan, turunkan la malapetaka ker, masukkan si 'A' dlm neraka ker'..atau sewaktu dengannya. Adalah sebaiknyer.."Ya Allah ya Tuhan ku..semoga Engkau jauhi aku dari perkara2 kemungkaran sepertimana yang dilakukan oleh org2 terdahulu sebelum ku..amin'..kalau nak menang pecut 100meter tu, berusaha lah berlari sekuat hati, bukannya sengaja menjatuhkan org lain supaya kita dapat tempat pertama..apadaa..ada otak pikir la..bukan asyik pikir salah laku org lain jer
BalasPadam