Rabu, September 08, 2010

Air zam zam dicampur air kosong


SEORANG pengguna menunjukkan dua jenis air zam zam yang dijual
di bazar Jalan Penang, George Town semalam.


Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Air zam-zam merupakan antara buah tangan istimewa yang sering dibawa pulang oleh jemaah haji sekembali daripada mengerjakan ibadah haji atau umrah di Mekah namun minuman itu semakin mudah diperoleh di Pulau Pinang sejak lima tahun lalu.

Air itu mudah didapati ekoran terdapat sebuah syarikat dikatakan telah diberi kebenaran untuk membekalkan air tersebut kepada orang ramai dan ia dijual beberapa peniaga seperti di bazar Jalan Penang, Lorong Kulit, Pasar Tun Sardon, Bayan Baru dan Bayan Lepas.

Bagaiamanapun, sejak kebelakangan ini timbul kebimbangan di kalangan orang ramai kemungkinan ada pihak menjual air zam zam tiruan iaitu yang dicampur dengan air kosong.

Terdapat banyak keraguan yang timbul apabila minuman tersebut diisi di dalam botol lut sinar bersaiz 250 mililiter tanpa tanda perniagaan, sebaliknya hanya menggunakan kertas kosong yang dicetak dengan dakwat komputer.

“Malah, jika diminum, air zam zam tersebut tidak mengeluarkan sebarang rasa berbanding yang asli akan berasa payau,” kata seorang pembeli, Zuraini Khadijah Abidin, 38.

KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...