Rabu, September 08, 2010

Dey macha!!! kasi signal la!!!

Signal Worth Thousand Ringgit In Malaysia

Duh…honestly I hate driving in traffic jam. I hate people who cannot tolerate to other drivers. What I hate most? Lampu signal kenderaan mahal harganya di Malaysia! Ramai pengguna sayangkan lampu signal mereka lebih dari nyawa mereka sendiri!. Aku tak fahamlah siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal bagi lampu signal ni. Adakah guru memandu tidak cakap..itu lampu signal? Adakah diri sendiri yang tidak peka dengan menganggap lampu signal tu tak penting



‘Argh..orang belakang mesti tau punyalah aku nak masuk simpang pasal aku dah slow’ huh…Yang herannya..lampu signal mahal..nak masuk simpang ke..nak keluar simpang susah nak bagi..tapi time hujan lebat..boleh pulak tekan jadi hazard lamp! Yang ini salah guru memandu jugak kah? Atau salah diri sendiri juga? Dah namanya lagi dalam bahasa Melayu ialah lampu kecemasan.. Apa jenis kecemasan yang memerlukan pemandu menyalakan lampu lip lap lip lap ni dalam hujan? Tak tahukah ia membahayakan diri sendiri dan pemandu lain?



Lampu kecemasan / hazard lamp adalah untuk ketika kereta berhenti ditepi jalan akibat kerosakan! Bukan untuk dipasang didalam hujan lebat. Anda boleh disaman atas kesalahan ini! Sila semak buku mari belajar memandu anda bila masa boleh tekan hazard lamp. Kenapa ianya salah? Kerana ianya boleh mengelirukan pemandu yang lain? Orang lain dalam hujan lebat mungkin menganggap bahawa kereta anda tengah tersadai di tengah jalan. Walhal elok sahaja bergerak, laju pulak tu!



Oh berbalik pada tajuk aku ni. Aku paling menyampah tunggu nak keluar simpang, kemudian datang kereta tergedik gedik selow, rupanya nak masuk simpang tapi tak bagi signal! Menghabiskan masa je tunggu, patut aku boleh keluar seiring sahaja dengan dia masuk simpang! Kenapa ya? apa mentality orang Malaysia sebenarnya? Adakah mereka merasakan orang dibelakang mereka adalah psikik? Boleh menSCAN otak mereka nak gerak ke mana? Nonsense! Berapa banyak kemalangan jalan raya berlaku sebab pemandu yang tak tahu signal kat mana or tak tahu nak tengok cermin sisi!



Also pasal tolerate, dah nampak orang nak keluar simpang, or nak masuk simpang dalam keadaan yang jam..apa salahnya beri ruang? Tak bagi jalan pun, bukan dapat jalan pantas pun memandangkan jalan jem gila? Tapi pemandu di Kuala Lumpur khasnya, konon mengejar masa…nak lewatkan sesaat perjalanan pun tak boleh.



Oh ada lagi, dah kalau ada orang bagi jalan tu..angkat la tangan tanda terima kasih Aku angin betul bila dah bagi jalan (TERUTAMA AWEK-AWEK, YANG TAK BERAPA CUN LAK TU. KALAU CUN BOLEH DIMAAFKAN), kemudian dia blah…buat muka sombong je…isk..rasa menyesal je bagi jalan..hehehehe



Dan lagi, yang jenis potong barisan ni satu hal pulak (aku kekadang tak sabo buat jugak) Dah tau jalan jam, yang keluar lambat tu sapa suh? Dah keluar lambat tu mulalah tunjuk ego potong-potong barisan. Orang tak bagi pun menyelit bagai nak rak. Not only that, bila orang tak bagi, dia selit gak..siap boleh buat muka lagi kat orang yang dia potong tu…hampagas betul…



CONTOH-CONTOH ORANG TAK RETI BAGI SIGNAL BILA MASUK LINE

(pictures taken from www.panducermat.com.my




Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us



Arrogant monkey can't be bothered to queue at the lights like everyone else, so cuts in front from the U-Turn lane, wanker!

Image Hosted by ImageShack.us


erisar.blogspot.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...