Sabtu, September 25, 2010
Di penjara 10 tahun kerana rogol anak murid
KUALA TERENGGANU, 23 Sept: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang warga emas yang juga guru mengaji Al-Quran selepas mengaku bersalah merogol anak muridnya berumur 15 tahun pada 11 Jun 2005.
Tertuduh, Shamsuddin Abdul Rahman, 62, dari Kampung Pak Madah, Bukit Payong yang juga bekas pesara Risda mengaku bersalah merogol mangsa.
Pertuduhan dijalankan di hadapan Hakim Che Muhamad Zulkifly Jusoh, di mana Timbalan Pendakwaraya, Amer Abu Bakar Abdullah dan tertuduh yang mempunyai empat isteri dan 11 anak diwakili peguam, Mohd Asaari Salleh.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun bermula hari ini selepas mengambil kira faktor usia tua dan pengakuan tertuduh serta insaf atas perbuatan itu.
Mengikut kertas pertuduhan, pada 11 Jun 2005 lalu, murid berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri kelas mengaji Al-Quran bersama tertuduh di sebuah surau.
Mangsa dikatakan telah ke rumah saudara tertuduh, namun saudara tertuduh telah tidur dan mangsa mengambil keputusan untuk pulang sebelum terserempak dengan tertuduh bertindak menggosok lengan dan bahunya.
Tertuduh mengumpan mangsa dengan memberikan wang sebanyak RM10 sebelum membawa masuk mangsa ke dalam bilik kediamannya dan merogol mangsa sebelum dibenarkan pulang menaiki basikal ke rumahnya.
Laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa pada 23 Jun 2005, jam 6 petang dan pihak perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.
Selepas itu tertuduh telah ditangkap di rumahnya di Kampung Tanjung Mengkudu, Kampung Pak Madah.
Turut dirampas di rumah tertuduh satu tilam span saiz queen berwarna peach berbelang oren, sehelai selimut berwarna pink berbelang putih dan sehelai kain tuala berwarna oren dijadikan sebagai bahan bukti kes.
HD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...