Sabtu, September 25, 2010
Didakwa kerana dedah lokasi speed trap di twitter
JOHANNESBURG - Seorang pengguna Twitter: di Johannesburg, Afrika Selatan didakwa atas kesalahan mengganggu perjalanan tugas polis berikutan tindakan lelaki itu mendedahkan maklumat lokasi perangkap laju polis trafik.
Jurucakap jabatan Polis Metropolitan Johannesburg, Wayne Minaar, tindakan lelaki yang menggunakan identiti @PigSpotter: itu dianggap keterlaluan kerana menghalang anggota polis menjalankan tugas menahan pengguna jalan raya yang melanggar peraturan.
"Maklumat yang disalurkan oleh lelaki itu melalui :Twitter: boleh menjelaskan keselamatan dalam masyarakat," kata jurucakap Kementerian Polis Afrika Selatan, Zweli Mnisi.
Menurut Minaar, lelaki terbabit yang tidak didedahkan maklumat dirinya didakwa atas kesalahan itu, semalam.
Sementara itu, :@PigSpotter: pula mengirim e-mel kepada wakil media CNN dan menceritakan bahawa tujuan utama dia menghantar maklumat lokasi perangkap laju polis trafik adalah untuk menghiburkan para pengikutnya di :Twitter:.
"Saya juga mahu mendedahkan mengenai penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam kalangan polis," katanya tanpa mendedahkan identiti kepada media.
Lelaki itu mempunyai lebih 17,000 pengikut di Twitter: dan sering mendapat maklumat lokasi perangkap had laju yang sering dibuat secara tersembunyi oleh polis trafik.
Mnisi menafikan polis Afrika Selatan terlibat dalam sebarang penyalahgunaan kuasa dan rasuah seperti didakwa :@PigSpotter:.
"Mungkin dengan adanya perhatian media dan penglibatan polis dan kerajaan terhadap isu ini, mungkin kita boleh bekerjasama bagi mengatasi masalah-masalah seperti ini," kata lelaki berkenaan.
SH
alhamdulillah... speedtrap di hapuskan... Tiada lagi saman ekor!
BalasPadam