Ahad, Januari 30, 2011
ERTI MEMENANGKAN BN DI TENANG
Jika pengundi DUN Tenang memilih untuk mengundi BN dan BN menang dalam pilihanraya ini, inilah isyarat yang dihantar oleh para pengundi kepada parti yang memerintah;
1. BN bebas menghapuskan subsidi harga barang pada masa depan kerana pengundi Tenang tidak terkesan dan tiada sebarang masalah dengan kenaikan harga petrol dan barang-barang keperluan lain kerana harga komoditi getah dan sawit sedang melambung pada waktu ini.
2. MCA bebas menghina Islam dan nilai-nilai Islam sebab orang melayu Islam di Tenang tidak kisah dengan komen-komen komponen BN yang menghina Islam asalkan BN terus memberi perhatian kepada tuntutan-tuntutan orang melayu dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa pilihanraya ini.
3. FELDA akan terus memanipulasikan peneroka FELDA dengan perkhidmatan yang bertaraf rendah tetapi dicajkan dengan mahal kepada para peneroka kerana peneroka di DUN Tenang tetap akan mengenang jasa BN dalam menubuhkan FELDA walaupun penyalahgunaan dana FELDA untuk pelbagai tujuan yang tidak menguntungkan peneroka telah didedahkan dengan seluas-luasnya.
4. UMNO bebas memilih calon yang mewakilinya walaupun calon itu dibuktikan di mahkamah telah tidak menjalankan amanah dengan adil dan saksama sebagaimana sepatutnya kerana pengundi Tenang masih mengundi Azahar walaupun dia pernah diturunkan pangkat dan gagal menjalankan tugas sebagai ADO dengan adil dan saksama.
5. PAS akan terus lemah di Johor dan orang melayu Johor tidak ada peluang untuk membuat rundingan yang lebih menguntungkan dengan Kerajaan BN kerana Kerajaan BN tidak gusar sedikit pun bahawa rakyat tidak akan menyokong mereka dalam mana-mana pilihanraya.
UNDILAH PAS DAN BN AKAN LEBIH MENGHARGAI ANDA!
dunbpayong
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Untung dpt penyokong org umno ni..asal boleh makan letak tunggulpun pasti dipangkahnya.
BalasPadamNak kena tunggu Tuhan bala sampai tak makan kot baru nak tergerak hati fikir pasal umno. tu pun belum sedia menolak parti nostalgia penuh shahdu tu.
Cian nengokkan org melayu ni...tuai padi antara masakkkkk....sedih dgr lagu tu.