Ketua Pemuda Pas Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek sebelum ini mempersoalkan tindakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Muhd. Ali Rustam yang mengadakan perjumpaan dengan jentera pilihanraya Umno/BN di Dewan Politeknik Merlimau.
Politeknik Merlimau merupakan premis kerajaan yang dibina hasil daripada duit rakyat tanpa mengira fahaman politik.Jika Umno/BN boleh guna maka PAS,PKR dan DAP sepatutnya boleh guna sama. Namun, semua tu mustahil selagi Umno/BN berkuasa yang menganggap semua premis dan prasarana serta aset milik kementerian, jabatan dan agensi kerajaan adalah milik Umno/BN.
Apa yang saya hendak bangkitkan, Umno/BN menafikan bahawa perjumpaan di Dewan PoliteknikMerlimau bukan program politik tetapi dialog pemimpin bersama rakyat.
Perkara itu turut dinafikan Setiausaha Khas IPTA/S Majlis Belia Malaysia, Shahrul Azuwar Abdul Aziz.
Cuma saya nak tanya yang ramai-ramai bertudung dan berbibir pink dan merah serta berbaju biru dengan cop keris tak bersarung dan dacing senget sebelah tu apa? Kalau bukan perjumpaan dengan jentera Umno/BN, perjumpaan apa pula? Perjumpaan dengan hantu raya?
atsixty-zakriali
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
apa yang nak diherankan denagn perangai pemimpin bn/umno semua yang ada nak dikawal mereka bagi kat rakyat seposen dia rampas hak rakyat berjuta-juta kononya pembangunan.................pala hotak dia orang
BalasPadam