Khamis, Januari 27, 2011

Soi Lek Makin Melalut

Oleh Mohd Sayuti Omar

DETIK demi detik sebelum tibanya 30 Januari Chua Soi Lek makin melalut dan mengarut. Apakah lalutan ini menunjukkan parti pimpinanya semakin dijauhi oleh masyarakat Cina dan dia sendiri semakin terdesak? Ada kemumgkinan!

 Chua Soi Lek percaya dengan melalut dan menimbulkan hal-hal yang sudah jelas dan basi diperkatakan beliau yakin MCA akan kembali disokong oleh masyarakat Cina. Kalau tidak, dia tidak terus melalu dan cuba 'membakar' dirinya dengan kertas surat khabar



Permerhatian Soi Lek dalam hal ini tidak jelas. Mata politiknya tidak setajam mata musang atau kelawar di malam hari. Beliau kabur dan gagal membaca selera orang Cina. Mungkin atas kegagalan itu maka semakin hari sokongan Cina kepada MCA semakin mengecil, sebaliknya sokongan kepada DAP semakin mengembang. Buktinya walaupun digugat dari belakang dan depan DAP bertambah mantap.

Untuk menjaga kuasa dan kekuatan parti, tidak salah bagi Soi Lek memikirkan apa saja strategi dan perang saraf. Beliau kena buktikan bahawa kepimpinanya dapat membawa perubahan dan menyakinkan orang Cina. Kalau tidak dia akan hanyut dua tahun lagi. Tetapi soalnya apakah tindakannya kini menimbulkan isu-isu lama, termausk terus menyentuh sensitiviti orang Melayu, MCA akan bangkit menjadi parti sekutu UBN yang kuat?

Terbaru Soi Lek mengatakan dia akan terus membangkitkan isu negara Islam Pas. Biarlah timbalan perdana menteri, Muhyiddin telah menasihtinya agar berhenti dari membangkitkan isu Islam, tetapi dia tidak peduli. Kedegilan Soi Lek menunjukkan kesamsengan politik beliau dalam MCA. Apakah itu satu percubaan atau hakikatnya orang Cina suka kepada redikal Cina?

Ada sebab kalau Muhyiddin meminta menghentikan Soi Lek berbuat demikian. Tindakan itu walaupun menyeronokkan orang Cina tetapi ia boleh mengecil hati orang Melayu dalam Umno dan orang Islam lain. Muhyiddin melihat tidak wajar kalau Soi Lek menimbulkan isu-isu soal agama yang mana ia sangat sentimental dan tidak menguntungkan Umno sendiri.

Apakah bila Soi Lek degil bermakna dia mempunyai politik tersembunyi. Ada rahsia bawah bantal. Beliau sengaja mahukan orang Melayu menjauhi Umno yang didampingi oleh pemimpin Cina sepertinya. Matlamatnya nanti ialah Umno kalah dan Pakatan Rakyat akan menang? Apakah begitu. Soi Lek merasakan harapan orang Cina ada melalui DAP? Begitukah. Kalau benar ini bermakna Soi Lek telah bermain 'kong kalikong' dengan Umno yang kini juga bergantung hayat dengan MCA.

Kalau dia ikhlas mahukan Umno menang dia akan berhenti memainkan isu Islam. Soi Lek tidak akan membangkitkan isu negara Islam dalam suasana seperti diTenang di mana lebih 40 peratus ada pengundi Melayu. Orang Melayu akan seronok dan terhibur dengan Pas kerana Pas ingin melaksana Islam, bukankah Islam itu agama orang Melayu? Hanya Melayu yang murtad atau Melayu munafik saja tidak sukakah kepada Islam?

Saya katakan ini bila Soi Lek hendak membangkitkan agenda Islam Pas, dia tidak faham politik. Dia baru menemui politik. Kalau dia faham dia tidak akan mebangkitkan perkara itu. Soal isu negara Islam dalam Pas sudah khalas! Sudah banyak buku-buku mengenai Islam termasuk buku hudud dihapuskan atau pun disimpan oleh Pas sendiri.

Apakah perkembangan ini tidak diikuti dengan baik oleh Soi Lek atau beliau sengaja sebenarnya? Semua orang memerlukan teropong berkuasa tinggi untuk meningitai apa yang ada di hari Soi Lek.

http://msomelayu.blogspot.com/



DD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. http://www.facebook.com/pages/Support-of-continuance-of-import-used-car-parts-after-june-2011/162733057107174

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...