Sabtu, Januari 29, 2011

Umngong Be eNd Gila Kuasa,Orang MC Pun Nak Kecoh

UMNGONG MEMANG DAH TAK DAK MODAI NAK SERANG PERIBADI CALON PAS, CIKGU MALA. DEPA NI JELES PASAI CIKGU MALA CUN,PASAI TU DEPA SERANG LAKI DIA PULA.

KERJA BODOH LA,HABIH SEMUA MENTERI,TIMBALAN MENTERI NAK TUNJUK BODOH PASAI SURAT CUTI.

PAK MENTERI PATUT BUAT KERJA LAIN YANG LEBIH MENCABAR SESUAI DENGAN GAJI YANG DITERIMA,BUKANNYA DOK SIBUK TUNJUK BODOH MACAM NI...

KAH! KAH! KAH!



Tidak beretika: PAS kesal dokumen peribadi didedah


LABIS, 28 Jan: PAS kesal dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Labis yg mendedahkan dokumen peribadi seorang gurunya berhubung laporan cuti sakit dan dijadikan bahan kempen Umno BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli berpendapat tindakan tersebut juga boleh menjejaskan imej guru berkenaan dan menghilangkan keyakinan pekerja terhadap majikannya.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata, sijil cuti sakit adalah dokumen rasmi yang sepatutnya hanya di ketahui oleh pesakkit (guru tersebut) dan majikannya.

Ini kerana dokumen tersebut mengandungi maklumat sulit antara doktor dan pesakitnya, termasuk diagnosis pesakit.

"Hanya pesakit atau doktor yang diizinkan oleh pesakit boleh mendedahkan maklumat itu kepada pihak ketiga," katanya.

Kekesalan itu dizahirkan ekoran Umno BN kini didakwa menggunakan sijil sakit, Maarof Abdul Mutalib iaitu suami kepada calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman.

Sijil sakit berkenaan juga turut disiarkan di sebuah blog pro Umno dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Selain blog, laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini juga turut memainkan isu sama dengan memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.

Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Selain itu, Hatta turut membidas tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Puad Zarkashi yang merestui tindakan sekolah berkenaan dan terus membuat kenyataan seolah-olah guru tersebut telah melakukan kesalahan tanpa usul periksa.

"Tindakan Timbalan Menteri ini sangatlah tidak profesional. Beliau wajar memohon maaf kepada guru berkenaan," katanya lagi.

Selain Puad, PAS juga katanya terkejut dengan tindakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang mempertikaikan pegawai perubatan yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada guru berkenaan.

Menurutnya, Rosnah tidak berhak campurtangan dalam urusan kerja profesional doktor berkenaan.

"Percubaan mencampuri dan mengganggu tugas seorang doktor utk tujuan mempengaruhi cara rawatan yang dilakukan oleh doktor sangat tidak bermoral dan amat terkutuk.

"Datuk Rosnah harus tahu batas kuasa beliau di Kementerian Kesihatan.

Timbalan Menteri atau sesiapa juga pegawai atasan ujarnya, harus memberi sokongan dan perlindungan kepada pegawai dan kakitangan dibawah tanggunjawab mereka manakala sebarang perlanggaran tatatertib harus disiasat di peringkat dalaman jabatan dan bukannya dengan mengeluarkan kenyataan yang melulu.

Sehubungan itu PAS tegasnya meminta pihak Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menjatuhkan maruah pengamal perubatan di bawah kawalan mereka.

"Semoga ini menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengulangi kesilapan yg sama," katanya.

HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. KANTOI ! Calon PRK Tenang Sembunyikan Suami ?

    Labels: ADUN Tenang
    Tonton video di bawah sebelum penulis memberi komen:-


    Sungguh kelakar apabila si suami tidak lagi muncul di khalayak ramai sebaik saja isu MC didedahkan kepada rakyat! Sama seperti MC suami yang kebetulan ketika masa berkempen dan beliau ke hulu hilir mengekori Normala Sudirman. Banyaknya kebetulan atau sembunyikan si suami setelah dikritik hebat oleh penduduk DUN Tenang?

    Dan jawapan Normala Sudirman sungguh tidak logik langsung! Sebagai seorang isteri, Normala sepatutnya tahu tentang sakit si suami dan tidak patut diberikan tanggungjawab kepda pihak lain untuk menerangkan sakit si suami.

    Jika si isteri gagal untuk menerangkan kepada umum tentang orang yang paling dekat dengan beliau, beliau sebenarnya gagal menjadi seorang isteri yang baik dan terpuji. Jika rumah tangga sendiri tidak terjaga, bagaimanakah Normala mampu untuk menguruskan rakyat DUN Tenang?

    Dan apakah pendedahan tentang MC itu merupakan satu fitnah atau tohmahan kerana seperti yang dikatakan oleh Normala, MC tersebut adalah sahih?

    Foto perkahwinan yang pertama - Bekas suami bergaji kecil dan diceraikan.

    Dan seperti yang penulis katakan, seseorang doktor itu sepatutnya merujuk kes 'depressive mood' Ma'arof, suami Normala Sudirman setelah rawatan dan kaunseling pertama beliau tidak mendatangkan symptom yang positif.

    Dan selalunya, si isteri akan berada di sisi suami ketika suami dirawat oleh doktor dan berkongsi maklumat tentang sakit si suami.

    Realitinya, sudah tentu isu peribadi Normala dan suami beliau perlu diketahui dan bukannya digembar-gemburkan seperti yang didakwa oleh Normala. Malah beliau mempertikaikan Jabatan Pelajaran tentang perpindahan suami beliau.

    Jika beginilah sikap ahli-ahli PAS, susahlah Jabatan Pelajaran untuk mendapatkan guru yang benar-benar komited tanpa membebel tentang sekolah tempat mengajar.

    Jika kita menonton video di atas, ternyata bahawa Normala telah gagal menjawab soalan-soalan yang menyakinkan malah menimbulkan persoalan tentang integriti si Normala sendiri. Dan difahamkan ialah Normala Sudirman telah mendapat bantuan daripada kerajaan BN untuk masuk ke Maktab Perguruan.


    Inilah karakter calon yang tidak tahu mengenang budi! Penduduk DUN Tenang sudah nampak jelas. Normala Sudirman akan kalah juga dek permainan beliau dan suami beliau!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...