Kebanyakan pelajar khususnya jurusan pengajian Islam bukan dari kalangan bukan berada. Mereka menuntut ilmu dan kekadang sudah berkeluarga. Sumber kewangan yang terhad. Duit yang ada ditangan mereka sekadar sewa rumah dan untuk keperluan makan minum yang terhad.
Apabila timbul isu perpindahan pelajar yang ditanggung hanya ke Jeddah dan ke KL dengan perbelanjaan sendiri, ramai yang membuat keputusan untuk tidak pindah dengan permasalahan kewangan. Duit ada 10 Junaih, macamana nak beli tiket. Kebimbangan ibu-bapa dan keluarga mendesak Wisma Putra untuk mengeluarkan pelajar dari lembah demontrasi rakyat di Kaherah. Ada pulak nak gunakan kapal laut yang memakan masa berhari-hari perjalanan.
Isu perpindahan ini menjadi polimik politik. Umno juga sibuk meraih kepentingannya. Dengan Club Umnonya, dengan kementeriannya, Kedutaan dan pelbagai pihak. Akhirnya ayam maya sibuk dengan isu kerajaan yang lembab menguruskan pelajar keluar dari Kaherah. Isu siapa nak tanggung kos perjalanan. Akhirnya desakan demi desakan serta tuntutan bertali arus. Melalui blog, FB, Twitter isu diperhangatkan. Seolah-olah kerajaan takde duit untuk membawa pulang rakyatnya sendiri berbanding Negara luar termasuk Indonesia yang semua rakyatnya sudah sampai di Jakarta. Akhirnya kerajaan beralah nak najib mengumumkan semua urusan akan ditanggung oleh kerajaan. Yes. Kail sudah makan.
Walaupun seolah-olah pihak pembangkang khususnya Pas dituduh dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan tetapi yang penting Kerajaan memikul tanggung-jawabnya sebagai sebuah kerajaan. Semua rakyat Malaysia boleh keluar dengan selamat dan percuma. Syabas kepada pelajar, Persatuan Pelajar Negeri-negeri, PMRAM, maupun Persatuan Bekas-bekas Pelajar seperti ILMAM yang bijak menggunakan pelbagai saluran dan Psywar sehingga kerajaan Najib akur. tahniah!
Kelebihan pelajar di Universiti al-Azhar dengan tarbiyyah dan siasah tidak dipertikaikan. Persekitarannya tidak menjadikannya jumud dalam berfikir dan bertindak. Kalaulah Mesir sebagai nadi dan lambang pergerakan Arab, begitu jugalah pelajar luar yang belajar disana. Dengan bilangannya yang ramai dan keterbukaan pengajian dicelah-celah tekanan pemerintah berbanding Negara lain seperti Algeria, Tunisia maupun Arab Saudi sendiri. Sinonim dengan pergerakan Ikhwan Muslimin, ramainya ulama di Kaherah yang terkenal sebagai Bandar seribu masjidnya itu serta tokoh-tokoh politik dan falsafah, bahan bercetak serta buku-buku yang banyak dan adanya budaya perbahasan dan kritikan ilmiyyah dengan pandangan dan pendapat telah merangsang satu budaya yang kreatif serta agresif. Apatah lagi bilangan rakyatnya melebihi 84 juta orang disebalik kekangan ekonomi, politik yang menghimpit.
Tak dapat dinafikan ramai tokoh dan lepasan pelajar dari Mesir ini yang berkecimpung dalam gerakan Islam di Malaysia dan menjadi kepimpinan dalam Pas. Mereka lebih berani dan terkehadapan. Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Dewan Ulama Tuan Guru Harun Taib, Ketua Pemuda Pas Ustaz Nasaruddin Tantawi diantara produk lulusan Al-Azhar Mesir. Apatah lagi yang tersebar di seluruh negeri dan Pas Kawasan di Negara kita. Penulis sendiri pun pernah mendapat pendidikan di sana dan melebihi 90% adalah pendokong Gerakan Islam kecuali dikalangan pelajar yang kemetod dan tidak komited sahaja yang menyokong parti secular dan nasionalis. Atau yang berkepentingan akan menjadi ahli “Kalbun Umno” (Club Umno Mesir).
Ini antara sebab pihak kerajaan tak berminat untuk meramaikan pelajar ke Mesir khususnya Pengajian Islam. Kerajaan lebih berminat para pelajar mengambil Pengajian Perubatan. Pelajar juga perlu menggunakan sijil STAM sahaja. Semua mu'adalah pemegang diploma Pusat Pengajian tempatan dibatalkan oleh Al-Azhar atas desakan Kerajaan Malaysia. Semua ini perancangan agar pelajar ke Mesir berkuarangan. Yang ramai adalah tanggungan sendiri. Adakah selepas isu demontrasi ini pelajar ke Mesir akan berkurangan???
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa perbelanjaan pulang kesemua pelajar Malaysia dari Mesir ke tanah air ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Perdana Menteri berkata beliau akan merujuk dan berurusan dengan pihak terbabit iaitu Lembaga Tabung Haji, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia mengenai perkara berkenaan. "Saya menjangkakan bahawa urusan ini hampir selesai... selepas hari ini dan esok, ada sedikit lagi (pelajar) tapi kita akan teruskan sehingga semua rakyat Malaysia tak kira pelajar, mereka yang bermaustautin, yang berniaga dan juga pelawat dapat keluar dari Mesir," katanya. Najib berkata usaha itu merupakan kejayaan kerajaan dalam melaksanakan konsep 'Hanruh' iaitu pertahanan menyeluruh dengan mengemblengkan peranan aktif semua pihak.
Merujuk kepada dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak mempunyai wang untuk membawa pelajar terbabit keluar, beliau berkata ia satu lagi pembohongan dan fitnah yang besar. "Apa yang saya umum hari ini jelas menafikan apa yang didakwa mereka. Tak perlu politikkan soal ini. Orang hijau ke orang biru ke, bulan ke bintang ke semua kita bantu bawa balik mereka dengan selamat. Tak payah politikkan dan (tak perlu) sebar cerita yang tidak betul," katanya.
ustsaifulbahri
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
oh..baru tahu kenapa ramai yang melanjutkan pelajaran ke MESIR dengan tanggungan sendiri...pandainya najib..
BalasPadam