Selasa, Februari 22, 2011

Betoi Ka JPN Bersubahat Dengan BN?



Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa bersubahat dengan Umno Bahagian Kota Raja melakukan pertukaran alamat kepada rakyat Sabah untuk mengundi di Kawasan Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke13.

Perkara itu disahkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Raja, Jaafar Samsudin bersama Ahli Jawatan Kuasanya yang kebetulan berada di tempat operasi pertukaran alamat di Seksyen 11, Shah Alam.



Harakah yang turut berada di tempat itu, mendapati sebuah bas milik JPN dengan nombor pendaftaran BGS 5488 berada di hadapan Pejabat Umno Shah Alam dengan beberapa orang kakitangan JPN sedang membuat pengesahan pertukaran alamat rakyat Sabah terbabit.
Sebelum itu, mereka telah diarahkan mengisi borang pertukaran alamat di Tingkat 3, Bangunan Umno Shah Alam dan selepas itu mereka dikehendaki menaiki bas secara bergilir-gilir bagi mendapatkan pengesahan wakil JPN. Pengesahan pertukaran alamat itu dilakukan dalam bas yang bertutup dan hanya mereka yang membawa borang pertukaran saja dibenarkan menaiki bas tersebut.
Beberapa rakyat Sabah yang ditemui mendedahkan pertukaran alamat itu dilakukan atas arahan Umno dan bertujuan untuk mengundi dalam PRU-13 akan datang. Mereka diangkut dari Taman Sri Muda, Shah Alam dengan menggunakan dua buah bas dengan nombor pendaftaran NR 9417 dan BFM 3804.
Menurut seorang rakyat Sabah, mereka dijanjikan "sesuatu" oleh pihak tertentu dan ada di kalangan mereka dipanggil untuk tujuan lain tetapi sampai di situ melakukan perkara lain.
Perbualan wakil PAS bersama beberapa orang rakyat Sabah diperhatikan oleh pihak Umno dari atas bangunan dan selepas beberapa minit, seorang wanita yang dipercayai Wanita Umno menghampiri kami dan menjemput naik ke Tingkat 3, Bangunan Umno.
Bas JPN beredar sekitar jam 2.15 petang, Sabtu manakala wanita yang menemui kami turut beredar selepas memerhatikan kami dari dalam kenderaannya. Sehubungan itu, Jaafar akan membuat laporan kepada pihak berkenaan dan tindakan tegas perlu diambil kerana ternyata Umno dengan kerjasama JPN telah melakukan penipuan besar.
"Buatlah apa sahaja kempen, edarkan risalah kepada penduduk Selangor, semua itu tidak akan berkesan kerana Umno dan JPN telah melakukan pertukaran alamat dengan membawa masuk rakyat Sabah sebagai pengundi," tegasnya. Jaafar berkata, ini berlaku di Shah Alam bagaimana dengan kawasan lain di negeri Selangor?
~sanggahtoksago~

UO


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...