Rabu, Februari 16, 2011
BN MIRIP REGIM MUBARAK?
Suara rakyat Mesir akhirnya telah berhasil menggulingkan sebuah rejim setelah 18 hari berdemonstrasi di jalan raya dengan kehilangan ratusan nyawa warga marhein disebabkan keangkuhan seorang diktator menggunakan polis sebagai perisai. Di Malaysia khususnya, terdapat satu parti yang mirip rejim Hosni, mereka sedang memerintah, serta sedang membelakangi suara rakyat, mereka ialah BN,” kata ADUN Titi serong, YB Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.
Menurutnya, semasa rejim itu berkuasa, Hosni telah menolak penggunaan dakwat dalam PRU, dalam masa sama menggunakan undi pos dan hanya NDP boleh ada laporan media selain hanya NDP sahaja yang boleh membuat iklan di media.
Selain itu, Hosni juga memperalatkan Suruhanjaya Pilihanraya, Polis, SB dan juga tentera untuk menipu, mengancam dan menekan pengundi agar memilih NDP dalam setiap kali pilihanraya di Mesir.
Selain itu beliu juga berpandangan bahawa beberapa ulasan dari pimpinan BN bahawa Malaysia tidak sama dengan Mesir merupakan bukti bahawa pemimpin BN bimbang mereka akan digulingkan oleh rakyat.
“Di Malaysia BN juga sedang melakukan perkara yang sama seperti Hosni Mubarak, rakyat Malaysia khususnya digesa menilai perbuatan jahat BN di Negara ini” jelasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.
Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak mengulas revolusi yang telah berlaku di Mesir tidak mengambil masa yang lama seperti kerana kepesatan teknologi maklumat dalam era ICT.
“BN dinasihati jangan bertingkahlaku seperti Hosni dalam hal memerintah, rakyat tidak boleh ditipu, maklumat terkini negara mudah dicapai dengan kemudahan internet.” Ujarnya.
Dalam pada itu Khalil menyatakan, Berdasarkan rekod BN tidak pernah adil kepada rakyat dalam banyak hal serta isu, Khalil mengingatkan bahawa PRK di Merlimau dan yang terbaru akan berlaku di Kerdau merupakan suara rakyat yang wajib didengari oleh kerajaan.
Beliau menggesa rakyat perlu menyatakan suara protes terhadap BN dengan mengundi Pakatan Rakyat bagi memastikan gelombang Malaysia baru yang lebih selamat dapat diteruskan hingga menjelang PRU 13.
kl-today
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...