Berita terkini, rejim Hosni Mubarak terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Presiden Mesir yang dipegangnya selama 30 tahun. Beliau diganti oleh timbalannya iaitu Naib Presiden Omar Suleiman yang amat disukai oleh rejim Israel dan AS.
Hosni Mubarak diberitakan telah lari ke bandar peranginan Sharm el Sheikh yang berhampiran dengan negara haram Israel. Beliau dan keluarganya diiringi oleh Panglima Tentera setelah tidak berjaya menenangkan rakyat Mesir dari terus melancarkan demonstrasi.
Beliau yang memerintah secara kuku besi mengambil alih jawatan Presiden Mesir setelah Presiden Anwar Saadat ditembak mati dalam satu penghimpunan oleh rakyatnya sendiri yang tidak berpuas hati atas sokongannya kepada negara haram Yahudi, Israel Laknatullah.
Semasa memegang jawatan Presiden Mesir selama 30 tahun, beliau telah menangkap, memenjara dan membunuh para penentangnya yang kebanyaknya daripada pergerakan Islam yang diketuai oleh Ikhwan Muslimin.
Jika bekas rakan sejawatannya dari Tunisia, iaitu Presiden Zein el-Abidin yang digulingkan oleh rakyatnya diberi gelaran Diktator abad moden kerana jenayah yang di lakukannya maka Hosni Mubarak layak diberi gelaran 'Firaun' abad moden.
Jenayah rejim Hosni Mubarak dan rejim Zein el-Abidin terlalu banyak terutamanya terhadap Islam dan umatnya. Beliau seolah-olah ingin membuktikan kepada sekutunya iaitu rejim Israel dan rejim AS betapa bencinya terhadap Islam dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan tindakannya itu disenangi oleh rejim Israel dan rejim AS.
Jika tidak kerana revolusi oleh rakyatnya, pasti mereka tidak mengetahui akan kekayaan luar biasa Hosni Mubarak dan keluarganya. Walaupun rakyat Mesir sudah mengetahui akan kekayaannya, tetapi mereka langsung tidak menyangka yang Hosni Mubarak dan keluarganya memiliki harta sebanyak USD 70 bilion (RM 220 bilion).
Inilah Qarun laknatullah abad moden yang menjadikan Hosni Mubarak dua dalam satu, iaitu beliaulah Firaun dan beliau juga adalah Qarun. Persamaan mereka ialah, mereka sama-sama memerintah Mesir dan mengumpul harta pun di bumi Mesir. Berita terbaru selepas beliau meletak jawatan dan lari ke Sharm el Sheikh, bank-bank di Swiss telah membekukan aset beliau dan keluarganya.
Walau pun beliau meletak jawatan dan melantik timbalannya, Omar Suleiman sebagai pengganti beliau ini masih tidak memuaskan hati rakyat Mesir. Apa yang rakyat Mesir mahukan ialah, tiada lagi saki baki dari era rejim Hosni Mubarak didalam kerajaan.
Apa yang hendak diperkatakan ialah persamaan bagi negara-negara yang pernah dijajah oleh para penjajah yang meninggalkan anak-anak didik mereka untuk mentadbir negara selelum memberi kemerdekaan kepada negara-negara tersebut.
Apa yang pasti, anak-anak didik mereka akan memerintah negara lebih zalim daripada yang dilakukan oleh negara yang menjajah. Ini tidak berkecuali dengan negara kita, One Malaysia dengan bermacam-macam akta dikuatkuasakan seperti akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi yang mana ia terang-terang mencabuli kebebasan bersuara.
Tentang kekayaan pula, mereka akan mengaut sebanyak mungkin kekayaan negara untuk memenuhi tembolok mereka, keluarga mereka dan kroni-kroni mereka. mereka menyangka yang mereka akan memerintah negara kini, dahulu dan selama-lamanya.
Mereka tidak pernah mengambil iktibar daripada kerajaan-kerajaan yang telah digulingkan oleh rakyat mereka sendiri seperti Romania, Filipina, Indonesia yang mana setiap kali penggal pemerintahan hampir tamat, mereka akan melakukan apa sahaja dalam usaha mengekalkan pemerintah mereka.
Pilihan raya yang diadakan hanya sebagai syarat sahaja untuk mengaburi dunia dan rakyat bagi menunjukkan betapa demonskrasinya pemerintahan mereka. Kita lihat bagaimana Marcos, Suharto, Zein el Abidin dan Hosni Mubarak mengekalkan kuasa mereka dengan sokongan rakyat hampir 100 peratus.
Tetapi dari mana pula datangnya berjuta-juta rakyat yang menentang pemerintahan mereka?.Adakah dari lubang kubur, atau pun dari lubang cacing!!!!!. Kerana itulah apabila berlaku demonstrasi di ibu kota baru-baru ini, kerajaan One Malaysia cukup-cukup takut sehinggakan mereka mengarahkan pihak berkuasa bertindak menggunakan kekerasan terhadap para demonstrasi. Sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sebelum kejatuhan rejim Tunisia dan rejim Mesir. Jika ada pun hanyalah provokasi dari pihak pemerintah sendiri.
Apakah di One Malaysia juga akan berlaku demonstrasi seperti negara-negara yang pernah dijajah!!!!!!
Tepuk dada, tanya Najib n Rosmah.....!!!!
ruzanah
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...