Ahad, Februari 20, 2011

Impian Siti Nurhaliza bina masjid tercapai


WAJAH ceria Khalid dan Siti Nurhaliza selepas majlis perasmian Masjid Al-Khalidiah di Sungai Petani semalam.
SUNGAI PETANI – Setahun selepas beliau berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah menyatakan impiannya untuk membina masjid.

Impiannya itu tercapai semalam apabila Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir di sini.

Masjid berwarna putih dengan kos keseluruhan termasuk kelengkapan bernilai RM1.7 juta itu siap sepenuhnya pada Ogos tahun lalu hasil pembiayaan Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan berkenaan pada 2006.

Majlis perasmian itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Qari Negeri Kedah 2010, Othman Azumi Ahmad.

Siti Nurhaliza bersyukur kerana proses pembinaan masjid itu selesai dengan majlis perasmiannya semalam yang kebetulan sama dengan tarikh lahir yang ke-52 suaminya.

“Apabila kami berurusan dengan pejabat Istana, tarikh yang Tuanku pilih adalah hari ini (semalam) iaitu 19 Februari.

KOSMO



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. alhamdulillah..besar pahala yg dorang dpt...berapa ramai yg menunaikan ibadat disitu begitu besar yg mereka dapat..Amin!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...