Setelah lebih dua dekad dijanjikan, SRJK (T) Merlimau - yang kini menumpang di kawasan sebuah sekolah menengah - mungkin bakal mendapat premisnya sendiri.
Ketika ditemui Malaysiakini yang meninjau kawasan pilihan raya itu minggu lalu, seorang pengundi Ramachandran, 60, berkata janji yang sama telah dibuat sejak empat pilihan raya umum yang lalu.
"Mereka sekarang mengukur tempat itu, tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas pilihan raya kecil nanti," kata Ramachandran yang tinggal di Merlimau hampir sepanjang hidupnya.
Seorang lagi penduduk, Durairaj juga sudah biasa mendengar janji tersebut. Dia dan adik-beradiknya belajar di sekolah itu kira-kira dua dekad yang lalu.
"Saya adalah murid di situ, sama seperti kakak dan adik saya. Sekarang anak-anak saya pula belajar di situ. Kami mendengar janji ini berkali-kali.
"Di tapak tanah pertama terdapat sebuah kuil di atasnya. Mereka merobohkan kuil tersebut dan berkata mereka akan bina sekolah Tamil di situ, tapi sekarang ada bangunan lain di tanah itu, "kata Durairaj yang kini dalam usia 30-an.
Penduduk lain yang ditemui Malaysiakini, apabila ditanya mengenai sekolah tersebut, menceritakan perkara yang sama.
Sambil menuding ke arah sebuah bangunan Tenaga Nasional Berhad, Padmanathan, 47, berkata tanah yang dimaksudkan oleh Durairaj itu "dijanjikan" untuk dijadikan tapak sekolah Tamil kira-kira "20 hingga 25 tahun yang lalu".
Ketika ditemui di bilik operasi BN Merlimau, lelaki yang menyifatkan dirinya ahli setia MIC berkata, ia tidak menjadi kenyataan kerana "tidak ada yang mengambil inisiatif". - mkini
STONE : Ini berita bukan dari Harakah atau Keadilan Daily atau dari Roket, tapi dari akhbar online yg berkecuali .... hahaha BN kantoi, Mat Sembab kantoi ... Bukan aku yg kata, bukan DSAI yg kata, bukan TGNA yang kata ... bukan kempen PRK Merlimau tapi yang kata adalah penduduk Merlimau sendiri . Kata-kata yang paling menarik .... 'JANJI YG SAMA TELAH DIBUAT SEJAK 4 PRU YANG LALU ...hahaha betul tu machaa .... hehe
Tengok lah berapa orang nak sambut mat sembab pi pecah tanah esok ... tp jgn risau,berpuluh buah bas dah disediakan utk sambut dia esok, dah tu dengar kata dpt makan free dan rm10 sorang .... HAHAHA. Itu lah keja umno BN, kalau tak macam tu mampuih lama dah ...
26ramd
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...