Rabu, Februari 23, 2011

MPKB Haramkan Restoran Sediakan Shisha Kepada Pelanggan


Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) melarang kedai-kedai makan dan restoran menyediakan shisha untuk menarik pelanggannya meskipun Majlis Fatwa Kebangsaan belum mengeluarkan hukum mengenai pengharaman penggunaannya.

Setiausaha MPKB, Mohd Anis Hussein berkata peraturan itu tertakluk di bawah Undang-Undang Kecil MPKB.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan memperhebatkan gerakan membanteras penyediaan shisha di tempat-tempat berkenaan.

"Kita tetap tidak benarkan mana-mana restoran dan kedai makan di kawasan MPKB menyediakan shisha kepada pelanggan-pelanggannya," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas rungutan sesetengah pihak yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa itu menjalankan operasi merampas peralatan itu di restoran sejak kebelakangan ini.

Laporan Agensi Antitembakau Perancis (OFT) yang memetik penyelidikan sebuah makmal Kebangsaannya baru-baru ini menyebut shisha melepaskan gas karbon monoksida yang sama banyak dengan menghisap sebanyak 52 batang rokok.

Menghisap shisha dikatakan lebih berbahaya daripada menghisap 102 batang rokok dan asap yang terhasil dari shisha merupakan sumber utama pencemaran udara di kawasan tertutup seperti restoran dan kafe.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata Majlis Fatwa Kebangsaan belum memutuskan lagi hukum penggunaan shisha di negara ini.

Katanya, pihak berkuasa agama Islam negeri ini belum membuat sebarang keputusan dan pendirian tentang hukum berhubung pengguna bahan itu.

"Oleh kerana isu penggunaan bahan itu melibatkan isu nasional, kita sedang menunggu keputusan mengenainya yang akan dibuat menerusi muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Ini untuk mengelakkan percanggahan pendapat yang boleh mengundang kekeliruan di kalangan umat Islam," katanya.

Majlis Fatwa Kebangsaan turut dianggota semua mufti negeri, termasuk Kelantan.

-- BERNAMA

UO


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. bagus la haram, lagi pun x de faedah pun

    Terkini : Pesta Kaut Beras Di Highway

    BalasPadam
  2. Tolong haramkan rokok sekali. Kalaupun dikatakan merokok makruh, tapi perbuatan makruh yang diulang sebanyak 10 kali sehari, maka jatuhnya haram. Khutbah Tuan Guru Nik Abd Aziz pada Solat Aidil Fitri 2010, ada mengeluarkan pendapat bahawa merokok itu adalah dosa besar kerana:
    a. Pembaziran
    b. Menjejaskan kesihatan diri sendiri dan orang lain yang berdekatan.
    c. Kalau dadah dianggap najis dan haram, apa kurangnya rokok yang menyebabkan ketagih dan pembaziran serta memudaratkan diri dan lebih teruk lagi menjejaskan kesihatan orang lain.
    d. Membantu menaikkan taraf ekonomi Zionis. Kerana 70% syarikat pengeluar rokok dunia adalah milikan Zionis.
    e. Asap rokok mengandungi campuran ribuan kimia yang amat merbahaya kepada kesihatan manusia dan kehidupan yang lain.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...