Sabtu, Februari 05, 2011

Nik Aziz sahut cabaran ulama UMNO



KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyahut cabaran Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Profesor Mohd Noor Deris untuk berdebat berhubung dakwaan beliau membuat kenyataan yang merosakkan akidah selain memecahbelahkan umat Islam.

Nik Aziz berkata, debat adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kekusutan sekali gus memberi kefahaman kepada umat Islam.

“Saya setuju kerana apabila berlaku kekusutan, kita diminta berdebat dengan cara baik bagi mencari jalan penyelesaian.

“Boleh (berdebat), tidak menjadi masalah asalkan kita menjadikan al-Quran sebagai ‘orang tengah’,” katanya selepas mengimami solat hajat pada Program Solat Hajat Selamatkan Siswa dan Rakyat Mesir Bersama Tok Guru di Medan Ilmu di sini, semalam.

Menurutnya, setiap perkara yang berlaku perlu dirujuk kepada Allah SWT yang menurunkan al-Quran serta mengirimkan Nabi Muhammad SAW.

Dalam satu kenyataan disiarkan media kelmarin, Mohd Noor yang juga bekas ahli Pas menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengkaji beberapa kenyataan Nik Aziz yang dilihat bercanggah dengan syarak selain menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara.

Antara lain, Menteri Besar Kelantan itu didakwa pernah mengeluarkan kenyataan sesiapa yang mengundi Pas masuk syurga dan tidak mengundi Pas disifatkan sebagai jahiliah ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor baru-baru ini.

Bagi Mohd Noor, kenyataan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menyebabkan ramai orang mati kerana murtad atau keluar dari Islam.

Sehubungan itu, beliau mencabar Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara itu.

Menurutnya, Nik Aziz kerap kali melakukan fitnah antaranya dengan mengatakan Malaysia bukan negara Islam, UMNO tidak mahu Islam dan imam UMNO tidak sah diikuti.

SH


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama6/2/11 5:01 PG

    aku kenal sgt dgn Md nor deris ni...dia pernah satu ofis dgn aku semasa dia jadi panel pemikir JASA pada tahun 2002...tapi dia tak lama dlm JASA...masa jadi panel pemikir JASA pun dia tak disukai malah Ketua Pengarah JASA pada waktu tu iaitu Datuk Zainal Abidin Kadir(yg jg org Kelantan)tak setuju dgn cara Md Nor Deris ni...pendek kata makan gaji buta(gaji dia Gred S51,RM7000.00 sebulan)..dia bukan buat keje pun???asyik melalak saja..dia dulu memang ahli Pas tapi tersingkir sebab sikap dia yang selalu fikir dia sj yang betul..org lain salah..umno(JASA) kutip dia..tapi tak juga membantu umno..dia jd liability dlm umno...kontrak perkhidmatan dia dlm JASA tak disambung sebab perangai dia...sb tu dia terkontang kanting mcm org gila...skrng dia nak cari nama untuk nak terus hidup...sb tu dia marah kat Pas utk dpt simpati Umno..nak berdebat kunun tapi aku tau setakat mana otak dia...dia bukan Prof penuh pun..hanya Prof Madya (gelaran utk time base sj masa jd pensyarah)dh tak jd pensyarah dh tak leh guna dh gelaran tu...sb tu dlm JASA dulu hanya guna Ustaz Md Nor Deris...nak debat dgn Nik Aziz? huh..gempak sj lebih...dlm ceramah
    dia hanya pandai maki org tapi ceramah dia tak de isi, tak ilmiah...dia cuma akan jd liability dlm Umno jika umno nak guna dia!!!!..so tak payah layan org gila ni..PERCAYALAH...

    staf JASA

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...