Ahad, Februari 27, 2011
PELAJAR DIROGOL BERGILIR-GILIR OLEH 7 RAKAN
KANGAR: Dua penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, diburu polis manakala lima rakan mereka ditahan kerana disyaki merogol seorang penuntut perempuan yang juga rakan sekuliah dua daripada suspek, baru-baru ini.
Tujuh suspek berusia 19 tahun itu didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Mawar, Arau dekat sini, 15 Februari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, dua siswa diburu itu dikenali sebagai Muhammad Naim Mohd Kamaruzzaman, 19, dan Ahmad Amirul Amin Rosley, 19, yang kini menghilangkan diri.
Menurutnya, dua suspek yang diburu itu bersama lima lagi rakan mereka disyaki merogol mangsa yang juga penuntut IPTA secara bergilir-gilir di rumah disewa seorang daripada suspek di Taman Seri Mawar.
“Kami sudah menahan lima suspek dari IPTA di sini dalam operasi khas dilancarkan selepas menerima aduan daripada penuntut perempuan berkenaan. Bagaimanapun, Muhamad Naim dan Ahmad Amirul melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.
Beliau berkata, alamat terakhir Ahmad Amirul Amin ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan manakala Muhammad Naim pula berasal dari Kampung Bonggol Kemian, Paloh Rawa, Machang, Kelantan.
“Mangsa dalam keadaan trauma akibat kejadian itu,” katanya sambil memaklumkan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Nashir meminta kedua-dua suspek menyerah diri dan orang ramai yang ada maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau, Asisten Superintendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-520 3977 atau menghubungi balai polis berhampiran.
Polis turut mengedar gambar kedua-dua suspek untuk siaran media.
HM
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
mmg sedap la kene sebat nnt
BalasPadamTerkini : Akuarium Paling Kecil Di Dunia
ade yang nak kena cili anunya hari ini
BalasPadamaduh.. anak kelate lagi.. memang tinggi aura daulah islamiahnya orang kelate nih
BalasPadambila akal di kepala lutut
BalasPadamyg pi ikut jantan tu balik rumah buat apa? otak letak kat lutut. dah kena baru la trauma la.. apa la.
BalasPadamperghh..cube klu fmly member ko kene rogol x ke ko mrh??dah kene sebat pn lom tentu insaf neh...
BalasPadamabis la nanti kene sebat punggung sampai hancur..mase menibai anak dara orang tak pikir dulu sape suruh
BalasPadamjantan nakal, pompuan gatal.... kalu x nakal n x gatal xkan menjadi perkara-perkara begini.
BalasPadambuat dosa je . . . nakal
BalasPadamni komen utk manusia tanpa nama kat atas tuh: habih tu ketujuh-tujuh perogol tu semua org kelantan ker? akai ada pakai ker kau ni? bodoh sial tak payah la nak diskriminasi ikut negeri.
BalasPadam