Jumaat, Februari 18, 2011
Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?
fatamorgana71
Semalam saya mengisi minyak kereta di Shah Alam. Sewaktu sedang beratur untuk membayar, ada seorang hamba Allah ni tiba-tiba mengomel mengutuk Najib dan kerajaan UMNO BN atas alasan tidak berjaya mengawal harga minyak. Boleh dikatakan 100% mereka yang beratur di stesen tersebut untuk membayar juga memberi respons yang sama kepada statement dari hamba Allah tadi. Termasuk ada 2 orang dari keturunan Cina dan ada 4 atau 5 orang Melayu saya rasa.
Satu statement dari hamba Allah itu saya masih ingat, "Kita jangan bagi BN menang lagi next election, kita cuba pulak PR."
Kemudian saya ke sebuah pasaraya untuk membeli barang keperluan. Sewaktu beratur untuk membayar, di hadapan saya ada sapasang suami isteri juga sedang beratur. Saya dapat lihat, si isteri dan suami sedang berbalah untuk membeli barang keperluan. Saya tidak dapat mendengar dengan jelas, tetapi dari tindakan si suami, saya dapat rasa si suami tidak bersetuju untuk membeli barang-barang tertentu tetapi si isteri mahukan juga. Akhirnya si suami mengalah dan terus meletak barang-barang di kaunter bayaran. Bila cash register memberi total angka RM108.40, tiba-tiba si suami meminta cashier untuk membuang 2 ekor ayam yang bernilai dalam RM12. Jadi total yang si suami kena bayar cuma RM96 lebih. Pada kiraan saya, si suami cuma ada RM100 sahaja dan beliau tidak mampu membeli lebih dari itu.
Petang sebelum pulang ke rumah, saya singgah ke gerai goreng pisang di tepi jalan di flat berdekatan Kota Kemuning. Sewaktu saya hendak membeli goreng pisang, keropok lekor dan kuih-muih, ada seorang hamba Allah yang saya rasa baru turun dari bas kilang dan ingin pulang ke rumah flat yang berdekatan. Hamba Allah ini bertanya harga goreng pisang. Kakak yang menjual itu memberitahu 4 untuk RM1. Dia minta 2 aje dan terus memberi RM0.50 kepada kakak tersebut.
Adakah hidup rakyat Malaysia majoritinya susah sangat sekarang ini???? Menitis air mata saya bila melihat keadaan ini.
HD
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
huhu ini la hakikatnya
BalasPadamTerkini : 700 Ribu Kondom Hilang
belumlah sampai tahap merempat tapi rasanya kearah itulah...yg berpendapatan rendah yg paling terasa peritnya
BalasPadamitukah hakikat kita sebagai rakyat terbanyak yg lalui sgenap hari..xde apa yg lebih mengembirakan kita dgn keluhan demi keluhan mengenai taraf sara hidup sekarang ini..bagaimana masa hadapan pulak..???
BalasPadamkebanyakan rakyat sekarang suka buat loan peribadi dan beli kereta baru dan besar. itu yang terjerat dgn hutang. byk sgt buat hutang nak belanjapun susah tak berduit. sendiri tak pandai urus kewangan pastu tu salahkan k'rajaan. wlpun gaji naik tapi hutang bertambah. macammana nak senang.
BalasPadamhahaha berapa ramailah yg pakai kereta besar tu? tk ramai orang bodoh yg tak tahu ukur baju dibadan sendiri. statement general sgt. bancilah berapa ramai melayu yg pakai kereta besar dan kereta nasional....baru buat generalisation!
BalasPadamPdptan isi rumah RM2,000
BalasPadamBelanja Paling Asas
- rumah 300
- elektrik 50
- air 50
Dapur 150 x 4 mnggu 600
Anak sekolah (4org)
- Bel sekolah RM2 x 4 x 20hari= 160
- Lain2 100
Kenderaan
- Ansuran 400
- Petrol rm10 x 20hari 200
- servis 50
Belanja personal suami 50
Belanja personal isteri 50
----
1950
Baki bersih RM10
====
Berapa ramai rakyat m'sia yg mempunyai kedudukan kewangan sedemikian & nilai sendirilah bagaimana kbyakan rakyat 'terkorban' dlm negara yg kaya!
Saya baru saja bekerja 6 bulan selepas tamat pengajian.Dengan gaji seribu setengah amat perit untuk menyara hidup di kl. Gaji hanya bayar duit kereta, minyak,makan..bil-bil lain tak termasuk lagi,hutang pun banyak..haiz terhimpit betul
BalasPadamsetuju sangat dengan statement Pelangi Malam, cuma nak tambah, bayar kereta apa rm400 tu, kereta malaysia jgn harap la, paling ciput pun rm 500 keatas, tu pun jangan....kereta rakyat malaysia la katakan...............
BalasPadamgaji saya rm600 sejak tahun lalu tak naik2. Tapi bila pegi kedai beli barang semua dah berkali2 naik. Contohnya semalam pergi kedai nak beli susu cap junjung tu, terkejut tengok harga dah RM 2.70. Walhal sebelum nie rm 1.60 je.. barang2 lain tak masuk lagi....
BalasPadamTerpaksa lah ikat perut nampaknya... Barang asyik naik harga.. tapi gaji orang2 susah nie tak pernah nak naik2...
Bila ekonomi dikuasai org lain...org Melayu kita duk sibuk berpolitik.keje malas.nak suruh belajar bahase inggeris taknak.Last semua nak join MLM.Syarikat milik bangsa tu jugak.Sedarlah...
BalasPadamSEbab pemimpin Negara yang memerentah sekarang ini adalah perompak dan penyamun harta Rakyat.Sebab itu Rakyat semakin susah./Macam di Mesir,tunisa Yaman semuanya Nak jaga kuasa nak jaga kepentingan politik tapi Nasib rakyat merana.Barang naik sebab ada cukai import,Subsidi di tarik Tapi Minyak kenapa naik.Sebab tiada Subsidi lagi.Kebanyakan Subsisi Pergi pada Syarikat Kroni YTL,Syed Mokhtar dan banyak lagi.Wang negara Tiris melalui contrak rundingan.Sumuanya saja bernilai ber billion RM.Apa yang tinggal pada Rakyat hanyalah ,Harga barang melambong Rakyat terus menderita.
BalasPadam