Tengahhari semalam dalam berita baik TV3 mahupun lain-lain media, riuh rendah dengan berita tentang sekumpulan manusia yang mendakwa mewakili NGO atau NGOk mengadakan demonstrasi meminta Anwar memberikan sample DNAnya kepada Mahkamah.
Ada juga yang sedikit bodoh meminta agar Mahkamah tidak bersikap ‘double standard’ dalam membicarakan tuduhan yang dikenakan keatas DS Anwar Ibrahim dengan memberikan keistimewaan kepada DS Anwar Ibrahim.
Sedangkan selama ini kita telah melihat sikap ‘double standard’ oleh pihak Mahkamah yang jelas lebih memihak kepada Saiful dan tiada sebarang keistimewaan yang diberikan kepada Anwar hinggakan segala urusan beliau samada di dalam mahupun di luar negeri bergantung kepada hari perbicaraan.
Dan menurut pengerusi NGOk itu lagi Anwar tidak harus menggunakan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang untuk meremehkan peraturan undang-undang demi mengaburi mata rakyat.- sepenuhnya sila baca di SINI
Demo oleh kumpulan NGOk ini sebenarnya telah berlaku atau diadakan di tiga tempat iaitu di hadapan HQ PKR di Selangor, di perkarangan Komtar dan juga di hadapan Masjid Seberang Jaya..
Agak menghairankan kenapa tiba-tiba muncul kumpulan NGOk itu meminta Anwar menyerahkan DNA kepada Mahkamah sedangkan itu adalah tugas pasukan pendakwaraya dalam membuktikan bahawa DNA Anwar telah berada didalam jubur Saiful.
Adalah satu tindakan yang bodoh jika Anwar memberikan DNAnya kepada pihak Pendakwaraya, kerana kita tahu tugas mereka ialah membuktikan bahawa Anwar bersalah jadi mereka akan menggunakan apa saja cara bagi membuktikan DNA Anwar memang berada didalam jubur Saiful.
Kenapa pihak pendakwaraya tidak mahu membandingkan DNA yang mereka temui didalam jubur Saiful yang disyaki sebagai DNA Anwar dengan DNA atau data dari DNA yang telah pihak berkuasa perolehi ketika menahan Anwar secara sah dalam kes liwat yang pertama dulu?
Sejauh mana kita yakin terhadap pihak pendakwaraya bahawa mereka tidak akan menyalahguna atau memanipulasi DNA baru Anwar yang dituntut diserahkan oleh kumpulan NGOK itu jika Anwar menyerahkan DNAnya?
Selain meminta Anwar menyerahkan DNA kumpulan NGOk itu juga telah mencabar Anwar agar bersumpah laknat sepertimana yang dilakukan oleh Saiful bagi mengatakan kononnya beliau telah diliwat tetapi mengapa mereka iaitu kumpulan NGOk itu tidak melakukan demonstrasi ketika permohonan Anwar untuk mengadakan perbicaraan kesnya itu di Mahkamah Syariah melalui Qazaf ditolak?
Antara Qazaf dan Sumpah laknat itu didalam Islam Qazaf seharusnya diutamakan kerana ianya bersandar kepada hukum-hukum Allah bukannya ‘Sumpah Laknat’ yang hanya lebih kepada kepercayaan atau budaya orang-orang melayu semata-mata.. lagipun ‘Sumpah Laknat’ yang dilakukan oleh Saiful itu sendiri dipertikaikan oleh ramai ulama.
Kata TG NIk Aziz “Dalam Islam sesiapapun bebas bersumpah untuk membuktikan dirinya benar tatapi bukanlah dengan memegang kitab suci Al-Quran kerana ia adalah perbuatan orang Kristian yang memegang kitab mereka ketika mereka bersumpah.”
“Tidak perlu bersumpah atau bermubalahah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam. Kaedahnya dalam kes ini adalah orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti dalam Mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud” kata Mufti Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Harussani Zakaria.
Kata Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya pula “Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li’an, menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan qazaf adalah menyalahi hukum syarak.”
Manakala kenyataan yang agak keras dari Ustaz Dr. Badrul Amin pula berbunyi “Apa maknanya bersumpah dengan Al-Quran jika yang bersumpah itu tidak beriman dengan Al-Quran. Rujuk kes Rafidah Aziz yang sanggup bersumpah dengan Al-Quran mengatakan kononnya beliau tidak terlibat dengan rasuah AP sedangkan seluruh dunia mengetahuinya. Apa maknanya bersumpah dengan nama Allah jika seseorang itu tidak takut dengan Allah?”
Kesemua kata-kata di atas adalah ulasan Ulama dan Ustaz tersebut mengenai isu ‘Sumpah Laknat’ Saiful ketika Munajat 2008.
Jadi nasihat siapa yang seharusnya Anwar terima dalam hal sumpah laknat ini? Desakan dari NGOk yang jelas tidak faham kewajaran ‘Sumpah Laknat’ itu atau nasihat dari Ulama?
Entahlah… mungkin kumpulan NGOk itu mengadakan demo setelah mereka percaya apa yang ditulis oleh penulis upahan UMNO dibawah ini..
Anwar lelaki Y? — Awang Selamat
13 MAC — Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terus menjadi perhatian ramai. Pertama, pendedahan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memoir beliau yang dilancarkan baru-baru ini.
Rakyat Malaysia tidak harus melepaskan peluang membaca A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir. Panas, menarik dan berani. Pada Awang ia dokumen yang cukup penting untuk dijadikan rujukan.
Antara kandungannya Dr Mahathir mengulangi pendirian bahawa keputusan memecat Anwar pada 1998 adalah tepat. Beliau beri hujah dan paparkan cerita mengapa keputusan itu diambil termasuk salah laku seks bekas timbalannya itu.
Sesungguhnya majoriti rakyat dan pelbagai pihak mengambil keputusan yang tepat untuk tidak menyokong Anwar atas sebab yang sama. Awang sudah lama berpendirian beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri atas faktor integriti dan moral. Puluhan pemimpin dan ribuan ahli PKR yang meninggalkan beliau juga mengambil langkah yang tepat.
Kedua, Anwar sekali lagi menjadi tumpuan dalam kes perbicaraan liwat. Kali ini berkaitan keengganan beliau untuk memberi sampel ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA).
Persoalannya mengapa beliau enggan berbuat demikian? Anwar tidak perlu takut kalau beliau bukan “lelaki Y” yang DNAnya dikenalpasti pada Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Malah Anwar akan beruntung kalau DNAnya tidak sepadan dengan “lelaki Y” kerana ia akan memberi peluang bagi membersihkan namanya.
Sepatutnya sudah lama Anwar tampil dengan rela memberikan DNA apatah lagi beliau selalu melaung- laungkan mendukung keadilan dan kebenaran. Taktik beliau memberikan alasan untuk tidak memberikan DNA hanya menebalkan lagi tanggapan bahawa beliau takut kepada kebenaran yang akan terbukti nanti.
Malah beberapa bekas pemimpin PKR mendakwa, keengganan Anwar berbuat demikian kerana mahu melindungi rahsia besar yang belum meletup. Ia bukan sahaja melibatkan kes Saiful yang mengadu diliwat tetapi turut mempunyai kaitan hubungannya dengan seorang anggota keluarga pemimpin kanan PKR.
Awang musykil mengapa Anwar yang menggambarkan beliau pemimpin hebat dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, takut untuk diadili sepenuhnya. Bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri sekiranya tidak berani bersumpah laknat dan kini mengelak memberikan sampel DNA? Aneh.
Kaedah bersumpah cara Islam ditolak, secara saintifik juga dinafikan. Maka memoir Dr Mahathir dan isu DNA mengukuhkan lagi hakikat siapa sebenarnya Anwar. Insya Allah, apa sekalipun misteri dan rahsia yang disembunyikan, akan terlerai jua akhirnya.
Lidah Rasmi UMNO
darisungaiderhaka
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
dengan adanya demontrasi oleh penyokong umno dan ngo pembodek umno membuktikan dengan jelas kes liwat2 ini memang perancangan umnoapco semata2 untok menginkir DSAI dari arina politik dan kalau boleh dari muka bumi ini.
BalasPadamHukum Islam Qazaf depa tak nak ikut takut kalah. Tapi nak paksa tertuduh bagi DNA, hukum apa. Last depa nak agongkan hukum DNA pulak. Jadi hukum Islam dalam Alquran depa nak lawan. Fikir fikirkan
BalasPadamkalu xkasi DNA ada cara lainkah datuk anwar nak pertahankan yg dirinya mmg kena fitnah?atau akan dianggap bersalah jika tidak kasi kerjasama?...sama2 kita nantikan...hmm..
BalasPadammacam mana ekk kalo xkasi dna??? sampai bila kebenaran xtegak... hang agak2 la.... hang banyak pikiaq sangat... kalau takut bagi DNA, bila nak settle kes???? sumpah xmau....??
BalasPadam