Rabu, Mac 30, 2011
Gua tetap suruh mak gua undi PR walaupun dia ahli UMNO...
1MALAYSIA MENJANA TRANS'PORN'MASI
KAH! KAH! KAH!
NAK BERUCAP DI KEDAI MAKAN PUN TAK BOLEH
TAK DAK PERMIT
KAH! KAH! KAH!
TAYANG PORNO TAK PAYAH PERMIT
KAH! KAH! KAH!
*patutla ada satu mamat tu kata,falsafah dia mudah "Gua tetap suruh mak gua undi PR walaupun dia ahli UMNO..."
Anwar dilarang berucap di Sarawak
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis PKR Sarawak di sebuah kedai makan di Ban Hock Road di Kuching, malam semalam dilarang berucap atas alasan perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis.
Menurut Bernama, Anwar yang tiba di kedai makan itu pada jam 7.30 malam dan kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong bahawa beliau tidak dibenarkan berceramah kerana tiada permit.
Mun bagaimanapun dikatakan membenar Anwar membuat ucapan ringkas dengan syarat ia dilakukan di dalam kedai makan itu dan tidak mengganggu lalu lintas.
Anwar dalam ucapannya turut memuji tindakan Mun kerana membenarkan beliau memberikan ucapan kepada kira-kira 100 penyokongnya.
Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April.
Hari penamaan calon ditetapkan 6 April.mk
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Salam,
BalasPadamBerucap, bercakap, bersembang, ngobrol..sebenarnya tak salah.
Yang salah berucap di hadapan khalayak ramai tanpa permit dan isinya pula menyentuh pihak lain.
Kalau takde permit, dan isinya pula mengenai cara2 memeliharan kambing ke..tanaman terung panjang ke...polis pun tak kisah sangat.
Oleh itu ceramah di khalayak ramai tanpa permit yang menyentuh pihak lain, maka polis kenalah menjalankan tugas mengikut akta yang sedia ada.
Undang2 adalah melindungi semua rakyat, bukan satu pihak sahaja....gitu.
Patutla tayang video lucah tak diganggu,sebab itu termasuk mengenai cara2 bercucuk tanam terung...
BalasPadamkah!kah!kah!
ya lah di carcosa cerita tanam terong bikin fitnah sbb tu tak salah, polis kasi kebenaran....waka...
BalasPadamGangguan ke atas ceramah DSAI bukan baru. Aku pernah dengar dalam tahun 1970-an lagi masa beliau masih belum terlibat dalam parti politik iaitu masa dia di kerusi Presiden ABIM ada polis yang selalu ganggu ceramah dia. Pasti polis yang sekat ceramah tu dah pencen atau dah berada di alam baqa.
BalasPadamMak gua dah lama undi tak undi umgok laknat... walaupun dia ahli umgok... bagi duit kebas... dulu tok nenek aku org kuat umgok. Tapi bila dah tengok fitnah 1988 semua dah tak undi umgok lagi... makcik2 gua pun dah lama sokong PAS walaupun dulu ajk & bendahari umgok... Hijrah beb.. dari yg buruk dan jahat kepada kebaikkan dan kebajikan...
BalasPadamkuarga kami pun tinggal kan umngok bila arwah ghafar baba suruh masuk utan bila kami owg melayu minta tanah pinggir kl akhir thn 80an....sampai skang arwah tukena keji......harap2 ada kaum kerabatnya yg doakn arwah tu dlm kubur......kami dah mmg le ke aniaya.....
BalasPadam