Selasa, Mac 01, 2011

Kempen ‘Beli lah proton atas nama patriotik’

Aku sememangnya kagum habis-habisan dengan mereka yang mencintai proton neh. Pada aku mereka yang mencintai proton ini adalah wira dan wirawati negara. Dan aku betul-betul tak faham sesetengah mentaliti melayu-melayu tipikal yang kaki codemn. Kerja mereka asyik2 condemn itu condemn ini,  konon nya mereka kata mereka bersuara sebagai pengguna proton yang terbeban. Hek eley kalau terbeban ko tak payah la beli kereta buatan proton, beli la kereta2 jenama lain. Apa? Kereta jenama lain pun mahal? Padan la muka korang, yang gatal2 dok malaysia sapa suruh? Kalau tak puas ahti blah je dari ini negara. Sengal!! 


Malaysia neh adalah sebuah negara yang berkebajikan untuk menteri2 dan rakyat2 yang berfikiran moden dan banyak membaca. Bukan untuk korang2 yg kaki codemn. Memangla korang pembeli dan pengguna proton (read mele’is) yang terbanyak sekali, so what? Suara2 korang adalah sampah!! Aku ulang sampah!!! Korang komplain pun korang dapat apa? Yang tukang kena komplain tue kaya raya, duduk rumah besar, nek helipkopter, tapi korang? Apa pun takde, so tak yah la dengki meraban setiap masa, buang masa! Sengal!!  



Lagi satu korang kena betul-betul faham. Ada beza antara terpaksa guna proton kerana tak cukup kaya ataupun mencintai proton tetapi guna kereta lain. Heh. Mencintai bukan bererti memiliki.. ala takan itupun aku nak ajar korang?




Kat bawah ini adalah bukti menteri-menteri yang mencintai proton, tengok dan perhatikan dengan jelas ;





                                             kereta ini dimiliki oleh Ali Rustam, menteri yang bertanggungjawab membela nasib shah rukh khan.





Ini kereta anak penasihat proton mohzani mahathir. Anak mahathir pun berjihad juga dengan mengorbankan hasrat memakai kereta tempatan.






                                      Menteri KDN pun tak pakai kereta tempatan.  Sayangkan rakyat melebihi dari sayangkan diri sendiri. bagus.





                                          Ini la kenderaan KJ. Bakal menteri tak lama lagi. Bagus. masing2 sayangkan rakyat dan kereta nasional.



So what? Memang betul, kita patriotik, kita gunalah kereta tempatan. Mereka menteri2 lagi patriotik, mereka terus guna kereta2 international. Sebab nak bagi kita peluang untuk merasai kebagusan, kehebatan dan kebestan kereta2 tempatan. Tengoklah review google neh kat bawah neh ;




Bukti harga proton memang cheap! takan tak faham english cheap tue apa? CHEAP = MURAH! Betapa CHEAPnya proton kat luar negara. Itupun nak bising lagi ke? Dasar mele’is yang kuat kondem. Kalau dah pembangkang tue pembangkang aje la, asyik2 nak membantah! Buktinya banyak mele’is-mele’is kat malaysia neh mampu memiliki proton berbanding toyota vios. Kat malaysia neh kita ada kilang toyota,  kereta pasang siap kat sini termasuk vios kecuali enjin je di import tapi dasar kereta takde kualiti kalau murah pun sapa nak beli vios tue.. tengok harga vios kat malaysia neh berapa ;




Neh plak harga vios yang dibeli kat thailand, dipetik dari sini yang mana aku dah convert ke RM ;







684,000 = 70,595.42




Boleh nampak tak perbezaan harga kat situ? So, bersyukurlah kamu semua. Vios kat thailand mahal nak mampus. Cekik darah wang rakyat. Cukai gila2 punya mahal. Bodoh betul rakyat thailand kena tipu hidup2 ngan pemimpin dorang. Simpati habis aku kat rakyat thailand neh. Sedangkan rakyat malaysia neh mampu memiliki kereta proton yang tersenarai sebagai 10 ten kereta mesti dimiliki di seluruh dunia. Kadang2 mereka suka je taw nak bergurau2 kata, bukan mampu tapi terpaksa beli proton.. tak kesah la tue, mampu ke terpaksa beli ke asalkan korang pakai proton kan? So korang memang terbukti patriotik.. jom puji diri sendiri..



Neh pula harga proton kat luar negara. Dasar pemerintah yang sengal. Negara2 tersebut telah menggunakan kuasa cukai yang amat2 tinggi sehingga rakyat luar negara begitu sukar nak pakai proton neh. Mahal beb proton kat luar negara. Yang aku tahu proton kat luar negara sudah di enhanced dari segi kualiti. Sebab tue la dia mahal. Tengok sini ;






Mahal nak mampos. Cuba korang convert tengok. Aku convert satu contoh bagi korang banding ;




10,995 = rm 54, 640.62




Saje aku convert yang paling mahal untuk korang banding sendiri. Ini pula link harga semasa bagi kereta malaysia. Sila korang bandingkan sendiri. Dari segi kualiti, tak payah cakap banyaklah. Memanglah kereta2 kita kat luar negara tue tak berapa nak berkualiti sangat berbanding dalam negara. Kerajaan kita pentingkan rakyat malaysia. Fikir positive sket.




Ini lagi satu bukti dasar negara yang cekik darah. Yang terpakai pun dia main tibai harga kaw2 punya. Kalau convert harga kereta tersebut kepada harga malaysia korang akan dapat harga-harga ini ;








1. 3, 295 = RM 16,370.38

2. 3, 480 = RM17, 291.50

3. 3,500 = RM17, 388.34




Dan ini pula bukti printscreen harga kereta terpakai yang cukup murah sekali untuk rakyat malaysia. Nasib baik kerajaan kita prihatin dan bersungguh-sungguh jaga kepentingan rakyat.




Kedua-dua info di atas di petik dari sini dan sini.




Nampak tak perbezaan harga yang cukup besar neh? Negara luar telah menjual kereta kita dengan mahal dan meletakkan cukai yang tinggi adalah disebabkan mereka mencekik dan mendera rakyat mereka, nasib baik pemimpin kita semua jenis yang bagus-bagus dan prihatin dengan masalah dan kehendak rakyat. Bersyukurlah, tanpa umno dan kerajaan korang bukan sapa2 pun kat dunia neh. Saya mesti sokong.




Tengok lagi printscreen kat bawah neh ;






Kedua-dua printscreen tersebut di petik dari laman ini. Satu persamaan antara kedua2 printscreen di atas ialah harga bagi ketiga2 jenis kereta yang di review di letakkan di posisi yang BAD. Iaitu mahal sangat. So, apa lagi yang rakyat malaysia tak puas ahti pada pemimpin negara neh? Tengok aje la harga kereta kita di luar negara tue, kan ke mahal nak mampos. Kerja 10 tahun pun tak habis bayar hutang. Kerajaan dorang memang kurang ajar gila. Spesis dera rakyat sendiri. Nasib baik kerajaan malaysia kerajaan yang prihatin. Mengutamakan  POKET rakyat dan mendahulukan  MASALAH rakyat. Heh.



Harga kereta malaysia diluar negara setelah diconvertkan ialah ;



US 6,200 = RM 19, 325.40 

US 9,200 = RM 28,676.40 





Ini juga salah satu faktor kenapa kereta2 import kat malaysia neh tak laku. Kereta2 import kat malaysia neh murah dan cikai gila. Tak ramai mele’is2 yang nak beli. Kalau korang perhatikan hanya bangsa2 lain je yang selalu guna kereta2 import neh. Pemimpin2 kita pun banyak yang guna kereta2 import. Saja bagi peluang kat syarikat luar untuk cari makan. Hati mereka baik. Kita pula bagi makan kat syarikat proton sebab kita patriotik. Kalau korang nak tahu kat bawah neh ialah kenderaan yang dimiliki oleh tokey AP malaysia ;









Heh. Tak mainla pakai kereta. Mereka terus gunakan helikopter dan kapal terbang proton. Kalau nak tahu mekanisme penentuan harga kenderaan import kat malaysia boleh rujuk link ini ;






Di sebabkan cukai yang dikenakan begitu murah dan berbaloi-baloilah tokey2 AP MALAYSIA terpaksa pakai kapal terbang. Tak macam kita, senang2 je pakai kereta. Minyak murah. Kos murah. Kenderaan kita pun berbaloi-baloi harganya . Guna kapal terbang bahaya gak, silap2 kena panah petir. Kan bahaya. Kesian tokey2 AP Malaysia. 


Ini link yang mesti tonton ;


Kereta savvy menjadi pujaan dunia 

Discovery channel bagi award kat proton 



Nasihat aku kepada pengkritik2 proton, lainkali nak kritik tue kasilah hujah2 yang relevant sket. Harga proton neh ditentukan melalui nilai dan kualiti satu2 kenderaan tue. Kita memang kena bersyukur sebab kita di pilih untuk melindungi proton dan perodua kat malaysia neh. Bukan calang2 orang mampu melindungi kenderaan nasional mereka, tetapi kita terpilih so kita kenalah hargainya dengan sepenuh ahti. 




Ameno : Beli burger tapi dapat kuaci. Sapa yang puas ahti macam tue?


amenoworld.com

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

6 ulasan:

  1. Tanpa Nama1/3/11 9:06 PTG

    betapa cheapnya akal rakyat yg dah tau kereta tu mahal lg nk beli...hmmmmmm...

    BalasPadam
  2. Lagi best kereta tu kat showroom tak ujud lagi dah booking - test drive? ha ha ha.... gambar aje terus beli - ini betul betul punya atriotik

    BalasPadam
  3. kan ke rakyat didahulukan...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama2/3/11 6:05 PG

    macam papagomo dah bunyinye..... satu artikel yang menarik nonetheless.

    Mesti susahkan nak merendahkan tahap pemikiran untuk menulis artikel yang berbunyi sebegini? Tapi kalau set-set bloggers berbayar tu, natural je boleh produce masterpiece mereka yang sebegini..

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama4/3/11 9:06 PTG

    hangpa ni xtaw bisnes kot..ckp mcm2

    BalasPadam
  6. wa dah cakap dali lulu..wa sanggup berkolban utk kelajaan apa shj..wa susah x pe..asalkn pemimpin sinang..wa picaya lia olang punya cakap tatak penah mohong punya..kelajaan betut yang x betut lakyat lerrrr..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...